Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI MENGAMUK, BUNUH TIGA ORANG BAYI

Gambar suspek (Kredit : Santa Catarina Civil Police)

    BRAZIL - Seorang lelaki yang bersenjatakan parang telah membunuh tiga orang bayi dan dua orang guru wanita di sebuah pusat asuhan kanak-kanak yang terletak di  Saudades. Sewaktu kejadian berlaku, beberapa orang kakitangan berserta dengan kanak-kanak lain sempat untuk menyembunyikan diri di dalam bilik yang lain. Suspek yang dikenali sebagai Fabiano Kipper Mai  (18 tahun) dilaporkan ada melakukan penyeksaan terhadap binatang sebelum melakukan serangan tersebut.

Kredit : i7news.com

    Dua orang mangsa guru wanita yang terkorban tersebut dikenali sebagai Keli Adriane (30 tahun) dan Mirla Renner (20 tahun) manakala tiga orang bayi itu pula adalah Sarah Luiza Mahle Sehn, Muriol Massing dan Anna Bela Fernandes de Barros. Sementara itu, suspek yang mencederakan dirinya sendiri selepas pembunuhan tersebut telah dibawa ke hospital Pinhalzinho untuk rawatan lanjut.

Keli Adriane (kiri), Mirla Renner (kanan)

    Berdasarkan siasatan yang dibuat oleh pihak polis, suspek merupakan seorang mangsa buli di sekolahnya. Disebabkan itu, suspek telah melepaskan rasa geramnya dengan melakukan pembunuhan tersebut. Selain itu, suspek yang sudah enggan untuk bersekolah adalah seorang penggemar permainan video dan benda yang melibatkan keganasan.

    Pusat asuhan berkenaan kini telah dipenuhi dengan lambakan bunga ros putih dan foto sebagai tanda penghormatan. Keluarga mangsa juga ditemani oleh ahli psikologi untuk menenangkan emosi mereka.

    Kelab bola sepak Chapecoense yang berpangkalan kira-kira 60 kilometer dari Saudades telah melakukan ciapan di laman Twitter di mana mereka menyatakan berasa benar-benar terkejut dengan kejadian pembunuhan kejam itu. Empat tahun lepas iaitu pada tahun 2016, dunia dikejutkan dengan berita kemalangan pesawat terhempas di Brazil yang mengorbankan 71 nyawa termasuklah 19 orang pemain dan 14 kakitangan kejurulatihan kelab Chapecoense. 

Catat Ulasan for "LELAKI MENGAMUK, BUNUH TIGA ORANG BAYI "