Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PEMBUNUHAN NGERI INGRID ESCAMILLA

Ingrid Escamilla


IKLAN

Ceriakan hati puteri anda dengan koleksi baju raya 2021 dari kami 🌹🌹
✔️ Harga yang berpatutan
✔️ Variasi warna yang menarik
✔️ Kain yang sejuk & Selesa
✔️ Ready stock 
✔️ Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak bagi pembelian RM100 & ke atas 
✔️ Free COD untuk penghantaran ke seluruh Penang Island 
Harga? 🤔🤔
Sepasang RM60 🌷
2 Pasang RM100🌷🌷
3 Pasang Rm150🌷🌷🌷
Dropship dialu-alukan 🤗🤗
✔️ Yuran adalah percuma 
Puan-puan boleh mengutarakan sebarang pertanyaan ke https://wa.me/60102837879


TAMAT IKLAN



    Masih ingatkah anda iaitu pada bulan Februari tahun lepas, berlakunya pembunuhan kejam di Mexico yang melibatkan antara pasangan suami isteri. Paling mengerikan apabila mayat si isteri itu telah ditemui dalam keadaan yang sangat mengerikan. Malah, gambar mayat tersebut juga menjadi tular di laman media sosial hingga mencetuskan kemarahan orang ramai. Susulan kejadian pembunuhan itu, penunjuk perasaan mendesak pihak kerajaan Mexico supaya suami wanita terbabit dikenakan hukuman mati serta pada masa yang sama menuntut untuk memberikan lebih perlindungan terhadap golongan wanita. 

    Serba sedikit mengenai mangsa iaitu Ingrid Escamilla, dia yang dilahirkan pada tahun 1995 membesar di kawasan bandar Juan Galindo. Dia yang juga merupakan seorang pelajar ijazah sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan pernah memenangi pertandingan ratu cantik tempatan pada tahun 2013. Selain itu, Ingrid digambarkan sebagai seorang yang sangat baik, penyayang serta begitu disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya. Dia juga merupakan seorang pencinta haiwan dan sukarelawan yang aktif memberikan bantuan kepada mangsa gempa bumi. 

    Ingrid menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua daripadanya yang bernama Erick Francisco Robledo Rosas, 46 tahun. Mereka berdua yang kemudiannya berkahwin telah tinggal di di sebuah apartment. Terdapat laporan yang mendakwa pasangan kekasih tersebut kerap bergaduh. Malah sebulan sebelum kejadian pembunuhan berlaku, Ingrid pernah cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan apartment. Walau bagaimanapun, pihak polis telah sempat untuk menghalang kejadian itu daripada berlaku. Seperkara yang harus diketahui, Ingrid pernah memfailkan kes keganasan domestik terhadap Erick. Namun tidak dipastikan kenapa Engrid tidak meneruskan pertuduhan itu. Erick yang bekerja sebagai seorang jurutera mempunyai dua rekod kes sedemikian yang telah difailkan oleh bekas isterinya terdahulu.

Erick dan Ingrid

    Hinggalah pada 9 Februari 2020, Erick telah bergaduh besar dengan Engrid. Punca pergaduhan adalah disebabkan tabiat Erick yang sering mabuk dan mengambil dadah. Apa yang berlaku kemudian, Erick bertindak di luar kawalan dengan menikam leher Ingrid menggunakan pisau. Selepas Ingrid tidak lagi bernyawa, kulit badannya disiat oleh Erick dengan pisau dari bahagian muka hingga ke paras lutut. Mata Ingrid dicungkil, manakala semua usus dan beberapa organ lain dikeluarkan sebelum dibuang Erick ke dalam lubang jamban. Selesai berbuat sedemikian, Erick telah menghubungi bekas isterinya bagi memaklumkan tentang pembunuhan kejam yang sudah dilakukannya itu. Bekas isteri Erick yang mendengar perkara tersebut tidak melengahkan masa untuk segera menghubungi pihak polis. Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, mereka terus menahan Erick. Tidak lama selepas penangkapan tersebut, tersebar beberapa gambar dan video Erick yang berlumuran dengan darah dalam keadaannya tidak memakai baju. Dia juga kelihatan tenang dan tersenyum sewaktu membuat pengakuan tentang pembunuhan itu kepada pihak polis. Gambar mayat Ingrid yang dalam keadaan mengerikan turut tersebar luas terutama di media sosial popular Facebook dan Twitter sebelum ia dipadam sepenuhnya. Pihak berkuasa Mexico juga melakukan siasatan ke atas mereka yang telah menyebar gambar mayat Ingrid itu.

    Tentang Erick, ramai pihak yang mendesak suami durjana tersebut untuk dijatuhkan hukuman mati. Hingga kini, masih tidak jelas mengenai perkembangan pertuduhan kes.

Catat Ulasan for "PEMBUNUHAN NGERI INGRID ESCAMILLA"