Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KENALI HASNAIN WAREKAR, LELAKI YANG MEMBUNUH 14 ORANG ANGGOTA KELUARGANYA

Hasnain Warekar

    Pada tahun 2016, negara India telah dikejutkan dengan satu pembunuhan sekeluarga beramai-ramai yang berlaku di bandar Thane, Maharashtra. Tidak banyak butiran secara terperinci yang diketahui tentang kes ini. Cukuplah sekadar untuk mengimbas kembali apa sebenarnya yang telah berlaku pada malam kejadian.

    Hasnain Warekar merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai seorang akauntan bertauliah bertempat di Navi Mumbai. Terdapat laporan media yang berbeza-beza mengenai nama Hasnain dengan nama lainnya adalah Hasnel Anwar Warekar, Husnail Varekar dan Asnain Anwar Warekar. Dia juga merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya.

    Kisah bermula pada malam 28 Februari. Hasnain telah mengadakan satu majlis makan malam besar bersama keluarganya. Dia bagaimanapun meminta ketiga-tiga orang kakaknya yang tinggal berasingan itu untuk datang dengan tanpa ditemani oleh suami mereka. Secara keseluruhannya, seramai 16 orang anggota keluarga Hasnain (termasuk Hasnain) yang ada berada di rumah pada waktu tersebut. Apa yang berlaku kemudian benar-benar tidak dijangka. Seramai 14 orang daripada mereka telah mati dibunuh oleh Hasnain semasa mereka sedang tidur dengan cara kelaran pada bahagian leher menggunakan pisau. Mereka yang terkorban adalah ibu bapa Hasnain, isteri Hasnain, dua orang anak perempuan Hasnain, tiga orang kakak Hasnain, empat orang anak saudara lelaki Hasnain dan dua orang anak saudara perempuan Hasnain. Mereka semua dilaporkan telah berasa mengantuk selepas menjamu makanan dan minuman yang dihidangkan oleh Hasnain. Hanya ada seorang mangsa seorang saja terselamat iaitu adik perempuan Hasnain yang bernama Subiya Bharmal (22 tahun). Dia yang sempat untuk menyembunyikan diri di dalam sebuah bilik telah menjerit meminta pertolongan. Berkemungkinan besar akibat mendengar jeritan tersebut, Hasnain bertindak membunuh diri dengan cara menggantung diri di tangga rumah. Tidak jelas samada Hasnain memang berniat untuk membunuh diri pada waktu selepas kejadian.

    Satu-satunya perkara yang kekal menjadi misteri dalam kes ini adalah motif sebenar pembunuhan Hasnain. Ada beberapa teori termasuklah disebabkan masalah mental, kewangan dan konflik keluarga. Walau bagaimanapun, pihak polis masih tidak dapat untuk membuktikan sejauh mana kebenaran untuk mana-mana teori itu.

Catat Ulasan for "KENALI HASNAIN WAREKAR, LELAKI YANG MEMBUNUH 14 ORANG ANGGOTA KELUARGANYA"