Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AMOU HAJI : Manusia Paling Pengotor di Dunia

    Sepanjang hidup anda selama ini, berapakah tempoh paling lama anda tidak mandi? Adakah dari pagi hingga tengah hari? Mungkinkah dari pagi hingga petang? Boleh jadi pernah seharian tidak mandi? Paling dahsyat, seminggu tidak mandi disebabkan terputus bekalan air?

    Baiklah, nama lelaki tua seperti yang anda lihat dalam gambar ini adalah lelaki warga Iran bernama Amou Haji yang kini berusia 80an. Dia digelar sebagai manusia paling pengotor dan terbusuk di dunia kerana tidak pernah mandi selama enam dekad yakni bersamaan dengan 60 tahun lamanya. Diulangi semula, lebih 60 tahun! Amou sudah tinggal bersendirian di sebuah kawasan perkampungan yang terletak di selatan Iran iaitu Kampung Dejgah sejak dari 60 tahun lepas. Di situ, dia tidur di dalam sebuah lubang tanah dan adakalanya berehat di sebuah pondok yang telah dibina oleh penduduk kampung. Terdapat laporan yang mengatakan Amou memilih untuk hidup menyendiri selepas kecewa cinta pada zaman mudanya telah ditolak oleh seorang wanita.

    Tiada istilah air bersih dalam kamus hidup Amou. Bagi Amou, air akan menyebabkan dia menjadi cepat marah dan mudah jatuh sakit. Rentetan daripada perkara itu, dia enggan untuk mandi dan mungkin tidak akan pernah mandi hingga ke hujung nyawa. Sila perhatikan gambar Amou di mana warna kulitnya sudah menyamai warna tanah. Tubuh badannya seakan terlekat dengan debu. Ternyata, gelaran manusia paling pengotor layak diberikan kepada Amou.

    Jadi, bagaimana Amou boleh bertahan hidup dengan amalan gaya hidupnya yang kotor tersebut? Tentang air minuman seharian, Amou gemar meminum air dari sebuah tin minyak yang telah berkarat. Daging landak busuk pula dijadikannya sebagai makanan. Seperkara lagi yang harus diketahui, Amou mempunyai tabiat menghisap paip rokok. Masalahnya, dia menggunakan najis haiwan sebagai pengganti tembakau. Selain itu, Amou sentiasa membakar bahagian rambut dan jambang supaya tidak menjadi panjang.

Guru Kailash Singh

    Sebenarnya ada seorang lelaki seperti Amou yang sudah berdekad lamanya tidak mandi. Lelaki berkenaan adalah Guru Kailash Singh dari India. Dia tidak pernah mandi selepas melangsungkan perkahwinannya pada tahun 1974. Keputusan untuk tidak mandi tersebut dibuat oleh Kailash selepas ada seorang sami memberitahu bahawa dia akan mempunyai anak lelaki jika berhenti mandi. Walau bagaimanapun, hingga kini ketujuh-tujuh anak Kailash adalah perempuan.

Catat Ulasan for "AMOU HAJI : Manusia Paling Pengotor di Dunia "