Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ANTHONY LOFFREDO, MANUSIA BERWAJAH MAKHLUK ASING

    Ada manusia yang begitu obses dengan pembedahan wajah serta tubuh badan supaya kelihatan lebih menarik. Malah ada juga manusia yang sanggup melalui pembedahan menyakitkan demi memenuhi nafsu keinginan menjadi lain daripada yang lain di mata orang ramai. Begitulah tentang seorang lelaki muda dari negara Perancis berusia 32 tahun iaitu Anthony Loffredo yang sanggup mengorbankan tubuh asalnya hanya semata-mata untuk bertukar menjadi seperti makhluk asing berwarna hitam. Keobsesan terhadap makhluk asing.

    Sejak Anthony dari kecil lagi, dia sangat meminati tentang subjek mutasi dan transformasi tubuh badan manusia. Demi mencapai hasratnya bertukar menjadi makhluk asing itu, maka Anthony telah melakukan pelbagai jenis pelbagai jenis operasi pembedahan seperti kepala, dahi, mata, pipi, hidung, telinga, bibir, lidah, cacahan tatu berisiko dan lain-lain lagi. Seperkara yang harus diketahui, ada sesetengah pembedahan tersebut sebenarnya diharamkan di Perancis. Jadi, Anthony sanggup terbang ke Sepanyol untuk melalui pembedahan ekstrem dan benar-benar menyakitkan itu. Bahkan dek kerana pembedahan pembuangan bibir atasnya, Anthony kini mengalami kesukaran untuk bercakap. Walau bagaimanapun, dia yang dulu berwajah kacak langsung tidak berasa menyesal dengan segala tindakannya.

    Anthony telah mendokumentasikan setiap proses transformasi tubuh badannya pada laman akaun Instagram miliknya dengan nama @the_black_alien_project yang kini mempunyai lebih daripada 500 000 orang pengikut. Selain itu, Anthony juga tidak pernah memberitahu sebarang perincian tentang sampai bila dia akan melalui proses pembedahan. Apa yang pasti, Anthony ada menyimpan niat untuk mengubah jari, lengan, kaki dan bahagian belakang tubuh badannya. Paling tidak masuk akal, dia berharap akan dapat menukar kulit badannya kepada logam. Ibu Anthony pula sentiasa menyokong anak lelaki itu. 

Catat Ulasan for "ANTHONY LOFFREDO, MANUSIA BERWAJAH MAKHLUK ASING"