Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM YAYOI DAN YUKA : Bahana Video Lucah

Takayuki Fukuda

    Pada tarikh 14 April 1999, seorang lelaki bernama Takayuki Fukuda yang berusia 18 tahun telah pergi melawat ke sebuah kawasan apartment bagi melakukan kerja-kerja pemeriksaan paip. Namun siapa sangka, hari itu Takayuki sebenarnya mempunyai rancangan yang jahat yakni berniat untuk merogol mana-mana penghuni wanita dalam apartment tersebut dek kerana nafsu seksnya yang semakin menjadi-jadi. 

    Pada sekitar jam 2 petang, Takayuki telah mengetuk pintu masuk sebuah apartment yang dihuni oleh seorang wanita berusia 23 tahun iaitu Yayoi. Waktu tersebut, hanya ada Yayoi dan anak perempuannya yang baru berusia 11 bulan saja berada dalam apartment berkenaan. Suami Yayoi yang dikenali sebagai Hiroshi Motomura pula keluar pergi bekerja. Sebaik pintu apartment dibuka Yayoi, Takayuki memperkenalkan dirinya sebagai tukang paip yang telah diarahkan untuk memeriksa paip bangunan apartment itu. Melihat cara pemakaian serta jenis peralatan pembaikian paip yang dibawa oleh Takayuki, maka Yayoi pun membenarkan Takayuki untuk memasuki ke dalam apartmentnya. 

Yayoi dan Yuka

    Apa yang berlaku seterusnya benar-benar menakutkan. Yayoi telah diserang oleh Takayuki sebelum dia dicekik sampai mati. Sesudah Yayoi tidak lagi bernyawa, mayatnya diikat Takayuki lalu dirogol. Lagi kejam apabila Takayuki turut membunuh anak kecil Yayoi iaitu Yuka dengan cara cekikan leher menggunakan tali. Pembunuhan bayi tidak bersalah itu berlaku disebabkan Takayuki yang berasa panik setelah mendengar Yuka tidak berhenti merengek mencari ibunya. Selepas pembunuhan, Takayuki kemudian membersihkan lokasi kejadian dengan menggunakan cecair pencuci bagi tujuan penghapusan bukti. Tentang Yayoi dan Yuka, mayat dua anak beranak tersebut telah Takayuki letakkan di dalam almari. Sebelum beredar pergi, Takayuki sempat mengambil wang di dalam dompet milik Yayoi di mana wang itu dia gunakan untuk  membeli makanan tengah hari serta makanan ringan. Selesai makan, Takayuki telah pergi ke rumah rakannya untuk bermain permainan video. 

    Mengenai latarbelakang hidup Takayuki, dia yang dilahirkan pada tahun 1981 berasal daripada keluarga kucar kacir. Ibu Takayuki  telah mati membunuh diri sewaktu Takayuki masih bersekolah menengah kerana sudah tidak tahan menjadi penderaan suaminya secara berterusan. Tidak lama selepas kematian ibunya, bapa Takayuki telah berkahwin dengan wanita simpanannya sebelum ini yang berasal dari negara Filipina. Hasil perkahwinan itu, Takayuki mendapat seorang adik tiri lelaki. Sukar untuk menerima kehadiran keluarga barunya, Takayuki lebih gemar untuk menghabiskan masa di luar rumah. Bermula saat inilah Takayuki mula obses melakukan aktiviti seksual seperti beronani, ketagihan pornografi dan suka berkhayal tentang fantasi seks. Tamat sekolah menengah, Takayuki telah mendapat pekerjaan sebagai tukang paip di sebuah syarikat perpaipan. 


    Berbalik dengan cerita pembunuhan Yayoi dan Yuka, pihak polis terus melancarkan operasi pencarian suspek sejurus selepas penemuan mayat mereka berdua. Mayat Yayoi telah suaminya temui sendiri manakala mayat Yuka pula berjaya ditemui dengan bantuan pihak polis. Seperkara harus diketahui, Hiroshi tidak menyedari kewujudan mayat Yuka sewaktu dia menemui mayat Yayoi. Pihak polis hanya memerlukan tempoh masa empat hari untuk menangkap Takayuki. Penangkapan dibuat berdasarkan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup dan juga maklumat daripada para penghuni aparment. 

    Takayuki telah didakwa atas tiga pertuduhan iaitu mencuri, merogol dan membunuh. Pada mulanya, pihak juri mahkamah memutuskan Takayuki untuk dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun. Di Jepun, usia dewasa adalah 20 tahun. Jadi, hukuman ringan yang diterima Takayuki tersebut atas faktor usianya yang masih di bawah umur dan permohonan maaf yang dia telah buat kepada keluarga mangsa. Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati bagaimanapun telah meminta kes untuk dibicarakan semula. Semasa dibicarakan, Takayuki telah memberikan pelbagai jenis jawapan merepek untuk menyelamatkan dirinya daripada didapati bersalah. Ini termasuklah tindakannya melakukan aksi nekrofilia terhadap mayat Yayoi adalah kerana dia percaya perbuatan memasukkan sperma akan dapat menghidupkan semula mangsa. Paling tidak masuk akal, mayat Yuka disimpan di dalam almari supaya dia dapat disembuhkan oleh kartun popular Doraemon.


    Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes pada tahun 2008, Takayuki akhirnya telah diperintahkan pihak mahkamah untuk menjalani hukuman mati. Dia yang kini berusia 41 tahun masih berada dalam penjara sementara menunggu hukuman matinya itu dilaksanakan.

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM YAYOI DAN YUKA : Bahana Video Lucah"