Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

COMING SOON, SALAH SEBUAH FILEM THAILAND YANG PALING SERAM


    COMING SOON (2008)

    Kalau disebut mengenai filem seram yang ada dari negara asia, Thailand sudah pasti mengungguli carta. Kebanyakan filem seram terbitan mereka memang akan membuatkan penonton tidak duduk dengan senang. Salah satu filem seram Thailand yang pasti akan membuatkan anda meremang bulu roma adalah filem berjudul Coming Soon yang ditayangkan pada tahun 2008. Filem ini diarahkan Sopon Sukdapisit yang merupakan salah seorang penulis skrip filem seram popular Thailand iaitu Shutter.

    Filem Coming Soon ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Chain yang bekerja di sebuah panggung wayang. Dia bekerja di situ bersama dengan abangnya iaitu Yod. Selain itu, bekas teman wanita Chain yang dikenali sebagai Som turut bekerja di panggung wayang tersebut.

    Diringkaskan cerita, Chain dan Yod sebenarnya ada menjalankan aktiviti haram yakni merakam serta menyalin filem terbaru dari panggung wayang itu untuk mereka jual demi mendapatkan wang dengan jalan yang mudah. Jadi pada satu malam, Yod telah merakam sebuah filem kisah adaptasi kisah benar tentang seorang wanita bernama Chaba yang menculik kanak-kanak di kawasan kampungnya lalu mencungkil serta membutakan mata mereka. Chaba berbuat sedemikian kerana hilang kewarasan selepas kematian anak-anaknya.

    Apa yang berlaku kemudian, Yod tiba-tiba hilang secara misteri sewaktu merakam filem Chaba berkenaan. Selepas gagal mencari Yod, Chain akhirnya membuat keputusan untuk menonton filem Chaba tersebut. Mengejutkan Chain apabila mendapati Yod tiba-tiba berada di dalam sebuah adegan filem Chaba itu dalam keadaan matanya sudah dicungkil keluar.

    Maka bermulalah detik yang paling mengerikan dalam hidup Chain.

    Link Trailer : https://youtu.be/JAR3WAyIJ0o

Catat Ulasan for "COMING SOON, SALAH SEBUAH FILEM THAILAND YANG PALING SERAM"