Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH BENAR DI SEBALIK FILEM THE HILLS HAVE EYES

    Puak Sawney Bean merupakan satu-satunya kisah kanibalisme di Scotland yang masih lagi menjadi bualan orang ramai hingga pada hari ini. Masih juga tidak diketahui samada kisah puak Sawney Bean adalah sebuah kisah benar atau sekadar mitos semata-mata namun apa yang pasti kisah yang berlaku pada abad ke-16 ini memang kedengaran sangat menakutkan. Selain itu, kisah puak Sawney Bean telah menjadi inspirasi kepada penghasilan siri filem The Hills Have Eyes. Selain filem The Hills Have Eyes, karakter asas penjahat dalam filem The Texas Chainsaw Massacre (1974) dan Wrong Turn (2004) juga dikatakan inspirasi dari kisah puak Sawney Bean ini.

RM13.85 : Link Shopee - https://shope.ee/5KhlioPP2F

    Jadi, siapakah sebenarnya Puak Sawney Bean ini? Alexander Sawney Bean berasal dari keluarga petani. Diringkaskan ceritanya iaitu ketika Alexander sudah dewasa, dia telah bertindak untuk melarikan diri dari rumah kerana enggan untuk mengikut jejak bapanya menjadi petani. Tidak lama kemudian, Alexander berkahwin dengan seorang wanita bernama Black Agnes Douglas yang sebelum itu dituduh oleh orang kampungnya sebagai seorang ahli sihir. Selepas berkahwin, Alexander dan Agnes pun berpindah ke Bennane Head, Ayrshire, barat daya Scotland. Mereka berdua telah mengasingkan diri mereka dari kelompok masyarakat dengan memilih untuk tinggal di dalam sebuah gua terpencil yang terletak berdekatan dengan pantai.

    Sepanjang tempoh hampir 25 tahun lamanya Alexander dan Agnes menetap di dalam gua itu, pasangan tersebut memiliki seramai 14 orang anak terdiri daripada lapan orang lelaki dan enam orang perempuan sebelum mendapat lagi 18 orang cucu lelaki serta 14 orang cucu perempuan yakni hasil hubungan mahram yang dilakukan sesama mereka. Soal bagaimana keluarga puak Sawney Bean ini meneruskan kelangsungan hidup, mereka melakukan pembunuhan kanibalisme dengan cara mengerat badan mangsa kepada beberapa bahagian tidak lain tidak bukan untuk dijadikan sebagai makanan. Malah ada juga sebahagian daripada keratan badan mangsa diawet terlebih dahulu sebelum disimpan ke dalam balang. Dari hari ke hari, semakin ramai rakyat di Scotland telah hilang tanpa sebarang jejak selepas melalui di sekitar kawasan gua tempat puak Sawney Bean tinggal. Operasi pemburuan penculik dan pembunuh memang sering dijalankan oleh pihak berkuasa di Scotland pada waktu tersebut akan tetapi kewujudan puak Sawney Bean dalam gua itu tetap tidak disedari oeh sesiapa pun.

    Hinggalah satu hari, puak Sawney Bean telah menyerang sepasang suami isteri yang sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah pesta dengan menaiki kereta kuda. Si isteri maut akibat ditikam dengan senjata tajam. Lain pula dengan cerita suaminya yang telah terselamat dalam serangan hendap tersebut. Si suami itu seterusnya segera mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung berhampiran. Menyedari perkara tersebut, puak Sawney Bean bergegas melarikan diri ke dalam gua mereka. Apabila Raja James IV menerima aduan tentang serangan oleh puak Sawney Bean itu, dia yang berasa sangat marah terus mengerah seramai 400 anggota tenteranya menuju ke gua berkenaan.

RM96.90 : Link Shopee - https://shope.ee/5AODJpfTRx

    Setibanya anggota tentera terbabit ke dalam gua tersebut, mereka semua telah melihat satu pemandangan mengerikan di mana terdapat ratusan rangka tulang manusia yang bersepah di lantai gua. Lagi dahsyat, terdapat banyak keratan anggota badan manusia yang digantung pada dinding gua itu. Maka susulan semua penemuan tersebut, seluruh anggota puak Sawney Bean akhirnya ditangkap untuk dijatuhkan hukuman. Semua anggota lelaki puak Sawney Bean telah dihukum dengan cara sama seperti kebanyakan mangsa mereka, dikerat kepada empat bahagian lalu dibiarkan mati secara perlahan-lahan. Mengenai anggota wanita pula, mereka dibakar secara hidup-hidup umpama hukuman yang dikenakan pada ahli sihir pada zaman itu. 

Catat Ulasan for "KISAH BENAR DI SEBALIK FILEM THE HILLS HAVE EYES "