Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 FAKTA TENTANG PEMBUNUHAN KEJAM SHRADDHA WALKER

    Pada pertengahan bulan November lalu, negara India dikejutkan menerusi satu kes pembunuhan kejam di mana seorang wanita telah dibunuh secara kejam dengan mayatnya dikerat kepada 35 bahagian. Pembunuh wanita tersebut merupakan teman lelakinya sendiri. Jadi berikut adalah 10 fakta tentang pembunuhan dahsyat itu.

    1.    Shraddha Walker (26 tahun) dan Aftab Ameen Poonawala (28 tahun) mula berkenalan menerusi aplikasi cari jodoh Bumble di Mumbai sebelum menjalinkan hubungan pada tahun 2018. Hubungan Shraddha dan Aftab bagaimanapun telah ditentang oleh ibu bapa Shraddha atas faktor perbezaan agama. Pasangan tersebut pada mulanya tinggal bersama di Vasai dan kemudian berpindah ke Chattapur, Mehrauli dengan menyewa sebuah apartment. Shraddha dikatakan memaksa Aftab untuk mengahwininya selepas dia mendapat tahu mengenai kecurangan yang dilakukan oleh teman lelakinya itu. Pada 18 Mei 2022, Aftab telah mencekik Shraddha hingga mati selepas berlakunya pertengkaran besar antara mereka berdua. Sesudah Shraddha tidak lagi bernyawa, mayatnya disembunyikan Aftab dalam bilik mandi.

    2.    Selepas membunuh Shraddha, Aftab telah membuat pembelian sebuah peti sejuk bersaiz 300 liter. Selain itu, Aftab juga membeli sebuah gergaji kecil sebagai peralatan untuk mengerat mayat Shraddha kepada 35 bahagian. Keratan mayat Shraddha tersebut telah disimpan ke dalam peti sejuk. Walau bagaimanapun, Aftab akan mengalihkan keratan mayat itu ke dalam almari apabila ada wanita lain datang berkunjung ke rumahnya.

    3.    Aftab sering merenung muka Shraddha di dalam peti sejuk yang turut dijadikan sebagai tempat menyimpan makanan tersebut.


Link Shopee : https://shope.ee/1Aojbjztq9
Link Lazada : https://c.lazada.com.my/t/c.cIVCBt

    4.    Bagi menghapuskan kesan bukti DNA, Aftab telah membersihkan apartment kediaman sewanya itu dengan menggunakan cucian bahan peluntur. Pada masa sama, dia membuang pakaian Shraddha serta pakaiannya sendiri yang berlumuran dengan darah ke dalam lori sampah.

    5.    Setelah melakukan pembunuhan itu, Aftab akan keluar dari apartment pada setiap jam 2 pagi untuk membuang bahagian jasad Shraddha yang dikerat di kawasan berbeza dalam hutan Mehrauli. Kerja-kerja pembuangan keratan mayat Shraddha tersebut dilakukan oleh Aftab selama 18 hari berturut-turut.

    6. Aftab telah keluar dengan beberapa orang wanita lain yang turut dikenali menerusi aplikasi Bumble pada waktu selepas kematian Shraddha.

    7.    Selepas Shraddha dibunuh, akaun laman Instagram wanita itu telah dikawal sepenuhnya Aftab. Aftab berbuat sedemikian bagi memastikan kenalan mereka mempercayai bahawa Shraddha sebenarnya masih lagi hidup.

    8.    Salah seorang rakan Shraddha mula berasa curiga berikutan dia tidak dapat berhubung dengan Shraddha selama dua bulan. Lagi menimbulkan rasa kecurigaan rakan Shradda itu, dia menyedari telefon Shraddha dalam keadaan terpadam untuk tempoh yang lama. Rentetan daripada perkara tersebut, rakan Shraddha itu telah menghubungi ibu bapa Shraddha untuk menceritakan perkara yang sebenar. Ibu bapa Sharaddha seterusnya membuat laporan polis pada 8 November 2022 tentang kehilangan anak perempuan mereka tersebut.

Link Shopee : https://shope.ee/1VRa0ikb2d
Link Lazada : https://c.lazada.com.my/t/c.cI40Bj


    9.    Berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh Aftab selepas penahanannya, pembunuhan Shradhha adalah menerusi ilham daripada siri drama jenayah popular Inggeris iaitu Dexter.

    10.    Aftab merupakan seorang chef terlatih yang mempunyai akaun laman Instagram yang berkisarkan hal masakan dengan nama Hungry Chokro.

Catat Ulasan for "10 FAKTA TENTANG PEMBUNUHAN KEJAM SHRADDHA WALKER "