Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG JENNA ORTEGA SI WEDNESDAY ADDAMS

    Siri televisyen terbaru Netflix iaitu “Wednesday” yang mula ditayangkan sejak dari 24 November lepas telah meraih ulasan positif oleh kebanyakan pihak termasuklah pengguna di laman media sosial. Siri bergenre seram komedi dengan elemen kuasa ghaib ini memfokuskan karakter Wednesday Addams dari keluarga The Addams Family. Kisah bermula apabila Wednesday dikenakan hukuman dibuang dari persekolahan berikutan satu insiden di mana dia membalas dendam terhadap sekumpulan pelajar lelaki yang telah membuli adiknya. Ibu bapa Wednesday kemudian telah memasukkannya ke dalam Akademi Nevermore yakni sebuah sekolah menempatkan remaja buangan yang mempunyai kuasa ghaib tertentu. Wednesday yang memiliki kuasa psikik seterusnya  cuba untuk menyelesaikan kes misteri serangan makhluk menakutkan yang menghantui di sekitar pekan akademi tersebut.

    Apa yang pasti, aktres Jenna Ortega telah menerima pujian melambung daripada penonton kerana berjaya membawa serta menjiwai karakternya sebagai Wednesday dengan begitu baik sekali. Jadi berikut adalah beberapa fakta yang perlu diketahui tentang Jenna :

    1. Jenna atau nama sebenarnya Jenna Marie Ortega baru berusia 20 tahun. Dia dilahirkan pada 27 September 2002 di Coachella Valley, California, Amerika Syarikat.

    2. Jenna menyertai uji bakat untuk watak Wednesday menerusi aplikasi Zoom kerana dia masih lagi berada di New Zealand pada waktu itu bagi menjalani penggambaran filem seram pembunuhan berjudul X.

    3. Jenna pertama kali membuat penampilan dalam dunia lakonan adalah menerusi filem Marvel Iron Man 3 dengan memegang watak sampingan sebagai anak perempuan kepada Naib Presiden yang telah berkomplot dengan watak antagonis. Waktu tersebut, Jenna baru berusia 11 tahun.

    4. Bagi mendalami karakter sebagai Wednesday, Jenna telah mempelajari cara bermain selo selama dua bulan sebelum penggambaran bermula.

    5. Watak guru wanita bernama Marilyn Thornhill dalam siri Wednesday ini dilakonkan oleh aktres Christina Ricci. Seperkara harus diketahui, Christina merupakan pemegang watak Wednesday dalam filem The Addams Family (1991) dan Addams Family Values (1993). Jenna dan Christina saling bantu-membantu antara satu sama lain sepanjang penggambaran siri Wednesday akan tetapi kedua-duanya tidak pernah berbicara tentang watak Wednesday sesama mereka,

    6. Tarian Jenna dalam salah satu episod siri Wednesday yang telah menjadi tular di laman media sosial adalah hasil koreografinya sendiri.

    7. Jenna pernah menerbitkan buku karya penulisannya sendiri pada tahun 2020. Buku yang berkisarkan tentang kehidupan peribadinya itu berjudul It's All Love: Reflections For Your Heart & Soul.

    8. Senarai filem yang pernah Jenna bintangi adalah seperti berikut : Iron Man 3 (2013), Insidious Chapter 2 (2013), The Little Rascals Save The Day (2014), After Words (2015), Saving Flora (2018), Wym (2019), The Baby Sitter : Killer Queen (2020), Yes Day (2021), The Fall Out (2021), Scream (2022), Studio 666 (2022), X (2022), American Carnage (2022)dan Scream 6 (2022). 

Catat Ulasan for "FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG JENNA ORTEGA SI WEDNESDAY ADDAMS"