Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PEMBUNUH EMPAT ORANG PELAJAR UNIVERSITI IDAHO AKHIRNYA DITANGKAP

    AMERIKA SYARIKAT –  Menerusi satu kenyataan rasmi daripada pihak polis, seorang lelaki berusia 28 tahun yang disyaki sebagai dalang utama kes pembunuhan empat orang pelajar Universiti Idaho telah berjaya ditangkap. Penangkapan lelaki yang dikenal pasti sebagai Bryan Kohberger itu dilakukan oleh pasukan SWAT di rumahnya yakni terletak di sekitar kawasan Pergunungan Pocono, Pennsylvania. Menurut sumber, Bryan kini sedang berada di bawah penahanan pihak polis Pennsylvania serta FBI. Proses ekstradisi Bryan ke Idaho juga kini sedang giat diusahakan.

    Pihak polis yang terlibat memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan sidang media pada masa terdekat untuk memberitahu perkembangan siasatan secara terperinci. Difahamkan baru sehari lepas pihak polis membuat pengumuman bahawa mereka telah menerima lebih 20 000 maklumat tentang kes pembunuhan. Maklumat yang dimaksudkan adalah 9 025 e-mel, 4 575 panggilan telefon dan 6 050 kandungan digital.

Beli mana-mana barang di Shopee melalui pautan ini : https://shope.ee/5ztMyDhqLY

    Terdahulu empat orang pelajar Universiti Idaho iaitu Kaylee Goncalves (21 tahun), Madison Mogen (21 tahun), Xana Kernodle (20 tahun) dan Ethan Chapin (20 tahun) dilaporkan telah mati dibunuh di rumah mereka pada 13 November 2022 yang lalu dengan cara tikaman bertubi-tubi sewaktu mereka sedang tidur. Kronologi kejadian tersebut boleh di baca di sini : Misteri Pembunuhan Empat Orang Pelajar Universiti Idaho.

1 ulasan for "PEMBUNUH EMPAT ORANG PELAJAR UNIVERSITI IDAHO AKHIRNYA DITANGKAP"