Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PERKEMBANGAN TERKINI KES ABBY CHOI, KEPALA AKHIRNYA DITEMUI DALAM PERIUK

     Menerusi perkembangan terkini kes pembunuhan Abby Choi, kepala serta bahagian rusuknya dilaporkan telah ditemui di dalam salah satu daripada dua periuk sup yang diambil dari rumah tiga tingkat di Lung Mei Tsuen. Terdahulu media tempatan melaporkan pihak berkuasa menemui kaki Abby di dalam peti sejuk di rumah tersebut.

Link Shopee : https://shope.ee/AUMfsSCUuS

    Mengenai dua periuk sup di lokasi kejadian yang kemudian telah dibawa oleh pihak berkuasa dibawa ke bilik forensik pada hari Sabtu lepas, periuk sup tesebut disahkan mengandungi kepala, sisa daging dan bahagian rusuk Abby. Walau bagaimanapun, ujian DNA serta rekod pergigian akan dilakukan bagi mengesahkan perkara itu. Kedua-dua dalam periuk sup tersebut juga didapati mempunyai campuran lobak hijau dan lobak merah. Pakar forensik tidak menolak kemungkinan bahawa lubang kecil yang dikesan pada belakang tengkorak Abby adalah penyebab utama kematiannya. Perkara ini bermaksud bahawa Abby telah dipukul pada bahagian belakang kepalanya.

    Pada masa sama, pihak polis mengesahkan penangkapan seorang lagi suspek berusia 47 tahun iaitu kekasih kepada bekas bapa mentua Abby sekaligus menjadikan jumlah suspek kes pembunuhan kejam Abby hingga setakat ini adalah seramai lima orang. Tentang bekas suami Abby yang diyakini sebagai suspek utama pembunuhan, dia telah pun berjaya ditangkap oleh pihak polis di sekitar kawasan Hong Kong.

Link Shopee : https://shope.ee/8zXs6Ze33B

    Pihak polis masih giat mencari serpihan mayat Abby selain menyiasat motif sebenar pembunuhan. Operasi pencarian tersebut termasuklah penggunaan dron, anjing pengesan serta bantuan khas daripada pasukan penyelam elit Hong Kong. Semua suspek dikatakan masih enggan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya. Abby yang juga merupakan seorang sosialit, model dan pempengaruh terkenal di Hong Kong dilaporkan hilang oleh keluarganya pada hari Selasa minggu lalu (21/2/2023) setelah dia tidak muncul untuk mengambil anaknya. 

Catat Ulasan for "PERKEMBANGAN TERKINI KES ABBY CHOI, KEPALA AKHIRNYA DITEMUI DALAM PERIUK"