Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BANGKIT KERANA THE GLORY

    Nama Pyo Ye Rim kini menjadi perhatian serta sebutan oleh pengguna laman sosial di negara Korea Selatan. Baru-baru ini, wanita yang berusia 28 tahun itu telah tampil melakukan pendedahan secara umum di mana dia mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa buli selama 12 tahun yakni sewaktu zaman persekolahannya. Pendedahan tersebut dibuat oleh Pyo selepas dia menonton drama viral Netflix iaitu The Glory. Pyo yang berasa kagum dengan watak Moon Dong-Eun lakonan aktres Song Kye-Hon dalam drama itu sedar bahawa masih belum terlambat untuk dia menegakkan semula keadilan untuk dirinya yang telah lama tertangguh. Secara ringkas, The Glory mengisahkan seorang wanita yang melakukan aksi balas dendam terhadap pembulinya.

    Berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh Pyo, pembulinya di sekolah pada masa lalu tersebut adalah empat orang pelajar perempuan. Insiden buli itu telah menyebabkan Pyo berasa trauma selama bertahun-tahun hingga dia terpaksa mengambil ubat tertentu sebagai rawatan. Lain pula ceritanya dengan pembuli Pyo. Keempat-empat mereka menjalani kehidupan dengan baik selain sudah pun mempunyai kerjaya masing-masing. Pyo juga mendedahkan sistem undang-undang di sekolahnya dahulu sangat tidak telus. Disebabkan itulah, Pyo tidak pernah pun memberitahu kepada ibu bapanya tentang dirinya yang selalu dibuli.

Link Shopee : https://shope.ee/4V6xE9cuJd

    Kata Pyo, dia dibuli oleh individu yang sama sejak dari zaman sekolah rendah hingga sekolah menengah. Pyo menjadi sasaran kerana dia berperwatakan pendiam serta pada masa sama gemar bersendirian. Cerita Pyo lagi, mereka membuli dengan cara mengheret badannya ke tandas. Di situ, kepala Pyo akan dimasukkan ke dalam air mangkuk tandas secara berulang kali. Pyo juga akan dimaki dengan kata-kata kesat sekiranya dia tidak menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya. Lebih menyedihkan, guru di sekolah Pyo pada waktu tersebut langsung tidak mempedulikan nasib Pyo.

    Setelah kisah Pyo ini menjadi tular, identiti keempat-empat pembuli itu telah didedahkan oleh bekas rakan sekolah Pyo yang dirahsiakan namanya. Empat orang pembuli tersebut dikenal pasti sebagai Choi, Nam, Lim dan Jang. Difahamkan Choi kini sudah pun menukar namanya, Nam bekerjaya sebagai anggota tentera, Jang pula seorang pendandan rambut dan Lim tinggal bersama dengan teman lelakinya. Susulan identiti pembuli berkenaan telah terdedah, Jang dilaporkan sudah pun dipecat oleh majikan di salon tempatnya bekerja. Choi, Nam, Lim dan Jang yang dikatakan tidak berpuas hati telah pun mengugut Pyo dengan pelbagai ugutan. Ini termasuklah menuduh Pyo sebagai seorang penipu dan tidak waras. Malah pelaku juga merancang untuk menyaman Pyo kerana telah menjatuhkan maruah mereka.


Link Shopee : https://shope.ee/5zvl14GEWg

    Hingga setakat ini, tidak dapat dipastikan bagaimana kesudahan nasib Pyo. Tidak jelas sama ada dia mengalah atau meneruskan perjuangan. Namun pada 22 April 2023, Pyo dilaporkan terpaksa dihantar ke unit rawatan kecemasan kerana cuba untuk membunuh diri. Dia bagaimanapun berjaya diselamatkan dan kini berada dalam keadaan stabil. 

Catat Ulasan for "BANGKIT KERANA THE GLORY"