Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DEATH WHISPERER, FILEM SERAM TERBARU THAILAND

    Death Whisperer merupakan sebuah filem seram terbaru Thailand arahan Kui Taweewat Wantha. Filem ini dilaporkan berjaya meraih kutipan pecah panggung atau 'box office' di Thailand dengan rekod THB475 juta (RM64 juta). Penayangan Death Whisperer di pawagam seluruh Malaysia sudah pun bermula pada 4 Januari lepas.

    Death Whisperer diangkat dari kisah legenda urban Thai yang pertama kali ditulis di sebuah forum perbincangan dalam talian iaitu pantip.com sebelum diangkat menjadi novel. Istilah “Tee Yod” dikatakan berasal daripada seorang wanita misteri yang berpakaian serba hitam.

    Filem Death Whisperer yang berlatarbelakangkan tahun 1972 ini mengisahkan tentang sebuah keluarga petani yang tinggal di sebuah perkampungan terpencil. Keluarga itu termasuklah terdiri daripada enam orang adik beradik yakni tiga orang lelaki (Yak, Yos dan Yod) dan tiga orang perempuan (Yad, Yam dan Yee).

    Dijadikan cerita, seorang gadis muda di kampung itu tiba-tiba telah mati secara misteri selepas mendengar lagu “Tee Yod” yang menyeramkan. Tidak lama kemudian, salah seorang daripada adik-beradik perempuan keluarga tersebut iaitu Yam telah dirasuki oleh satu roh jahat. Perkara ini sekaligus memaksa Yak sebagai abang sulung yang juga merupakan bekas anggota tentera terpaksa pulang ke kampung untuk merungkai misteri gangguan ghaib yang telah mengganggu keluarganya.

    Death Whisperer dibintangi oleh Nadech Kugimiya, Mim Rattanawadee Wongthong, Denis Jelilcha Kapaun, Junior Kajbhunditt Jaidee, Friend Peerakrit Phacharaboonyakiat, Nina Nutthatcha Padovan, Fresh Arisara Wongchalee dan Ply Pramer Noiam. Tonton video trailer di sini : https://youtu.be/avtdfHis_3k?si=pwRkhXRTCB3-zdeI

Catat Ulasan for "DEATH WHISPERER, FILEM SERAM TERBARU THAILAND"