Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SIAPA MADAM K DALAM KES KEMATIAN LEE SUN-KYUN?

    Seperti yang diketahui, aktor terkenal Korea Selatan Lee Sun-kyun? ditemui meninggal dunia di tempat parkir kereta di Taman Waryong, Seoul. Berita kematian aktor tersebut oleh disahkan Balai Polis Seongbuk, Seoul selepas menerima panggilan daripada isterinya iaitu Jeon Hye Jin yang melaporkan suaminya ada meninggalkan nota bunuh diri sebelum menghilangkan diri.

    Beberapa bulan sebelum itu Lee Sun-kyun berdepan kontroversi susulan dakwaan yang mengaitkannya dengan kes penyalahgunaan dadah. Perkara tersebut telah menyebabkan nama Lee Sun-kyun telah digugurkan daripada beberapa projek besar termasuk filem dan iklan komersial dengan nilai kontrak berjumlah sekitar 10 billion won (RM35.8 juta).

    Hingga pada hari ini, kematian Lee Sun-kyun masih lagi hangat diperkatakan terutama dengan desas-desus yang mengatakan bahawa dia sebenarnya dijadikan sebagai kambing hitam oleh pihak polis dalam siasatan kes dadah itu. Dalam kes Lee Sun-kyun ini juga, satu lagi perkara yang menjadi tumpuan adalah tentang seorang wanita yang hanya dikenali sebagai K. Jadi siapakah K ini?

    Berdasarkan laporan yang tersebar di Internet, nama sebenar K ini adalah Kim Nam Hee. Menerusi penjelasan Youtuber Jang Hansol, K adalah seorang pekerja di 10% Room Salon.

    10% Room Salon yang dimaksudkan ini adalah sebuah bar mewah di mana pelanggan yang datang akan ditemani oleh 10% perempuan tercantik di Korea Selatan. Difahamkan bahawa K inilah yang mendakwa pernah melihat artis G-Dragon dan Lee Sun-kyun menggunakan bahan terlarang semasa  berada di 10% Room Salon. Dedah K lagi, Lee Sun-kyun telah menggunakan bahan terlarang sebanyak lima kali sejak dari awal tahun 2023.

    Lee Sun-kyun telah menjalani pelbagai ujian saringan pengesanan dadah bermula dari pemeriksaan urin hinggalah pemeriksaan helaian rambut dan bulu ketiak. Semua keputusan ujian tersebut adalah negatif sekali gus mengesahkan bahawa Lee Sun-kyun bebas daripada sebarang dadah. Perkara ini telah menimbulkan tidak pihak polis hingga memaksa mereka untuk menekan Lee Sun-kyun secara berterusan. Selain itu, Lee Sun-kyun dilaporkan pernah menggunakan menghidu satu ubat yang disangkanya sebagai ubat tidur tanpa mengetahui ubat tersebut sebenarnya adalah bahan terlarang. Hinggakan sampai tahu tahap, Lee Sun-kyun meminta pihak polis menjalankan ujian pengesan penipuan kepada dirinya bagi membuktikan kebenaran.

    Berbalik dengan K, dia mempunyai enam rekod jenayah yang berkaitan dengan kes dadah. K dikatakan sering menutup mulut pihak-pihak tertentu yang mengetahui penglibatannya dalam dadah dengan cara sogokan wang. Lee Sun-kyun dipercayai menjadi salah seorang mangsa peras ugut K. Lee Sun-kyun pernah melakukan pemindahan transaksi sebanyak 350 juta won (RM1.6 juta) ke akaun K selepas dia mempercayai cerita wanita itu yang mendakwa telefonnya telah digodam oleh seseorang. K memberitahu Lee Sun-kyun bahawa di dalam telefonnya itu mengandungi rahsia peribadi mereka berdua termasuklah dalam hal menggunakan bahan terlarang,

    Hingga pada akhirnya yakni semuanya sudah tersebar, Lee Sun-kyun akhirnya memilih jalan untuk membunuh diri akibat begitu tertekan. 

Catat Ulasan for "SIAPA MADAM K DALAM KES KEMATIAN LEE SUN-KYUN?"