Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DI MANA BEKAS TEMAN LELAKI GYPSY ROSE IAITU NICHOLAS GODEJOHN SEKARANG?

    Hanya beberapa hari selepas Gypsy Rose Blanchard dibebaskan dari penjara pada 28 Disember, dia telah berjaya meraih jutaan pengikut di laman media sosial selain menjadi penghias kulit majalah  dan muncul dalam siri Lifetime berjudul "The Prison Confessions of Gypsy Rose Blanchard" yang ditayangkan dari 5 hingga 7 Januari lalu. Namun pada masa sama, ramai orang yang obses dengan kisah Gypsy Rose ini tertanya-tanya dengan bekas teman lelakinya sebelum ini yang bernama Nicholas Godejohn. Di manakan lelaki itu berada sekarang dan apakah status terkininya?

    Seperti yang diketahui tentang kisah Gypsy Rose, ibunya iaitu Dee Dee dipercayai mengalami sindrom Munchausen secara proksi yakni sejenis gangguan psikologi di mana pengidap sindrom ini menjadikan seseorang itu kelihatan sakit untuk mendapatkan perhatian.

    Bercerita tentang Nicholas Godejohn, dia mula berkenalan dengan Gypsy Rose pada tahun 2012 menerusi satu laman web cari jodoh. Pada waktu tersebut, Nicholas berusia 26 tahun. Hubungannya dengan Gypsy Rose kemudian menjadi semakin rapat hinggalah mereka berdua akhirnya mula bertemu pada sekitar bulan Mac 2015. Lebih kurang tiga bulan selepas itu, Nicholas telah pergi ke rumah Gypsy Rose sebelum membunuh Dee Dee dengan cara tikaman bertubi-tubi semasa wanita berkenaan sedang tidur.

    Perbicaraan terhadap Nicholas Godejohn telah berlangsung pada bulan November 2018 dengan Gypsy memberi keterangan bahawa dia merancang untuk membunuh ibunya kerana hanya dengan itulah satu-satu caranya untuk melepaskan diri daripada penderaan. Walaupun tiada sebarang bantahan dibuat tentang pembunuhan yang Nicholas lakukan tersebut, peguamnya berhujah dengan mendakwa bahawa Nicholas telah dimanipulasi oleh Gypsy Rose untuk membunuh Dee Dee.

    Keputusan perbicaraan pada akhirnya menyaksikan Nicholas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan pembunuhan peringkat pertama meskipun peguamnya sebelum itu memohon pihak mahkamah untuk menukar pertuduhan tersebut kepada pembunuhan peringkat kedua. Nicholas seterusnya dijatuhkan hukuman penjara untuk seumur hidup. Dia kini dipenjarakan di Pusat Penjara Potosi, Missouri, Amerika Syarikat.

    Menerusi satu wawancara Nicholas Godejohn dari dalam penjara pada tahun 2019, dia berkata bahawa hubungannya dengan Gypsy Rose sebagai "hari terbaik sepanjang hidupku."

    "Sejak dari awal lagi, saya tahu kami berdua adalah pasangan sejati.”

    “Entah bagaimana saya tahu, jauh di sudut hati saya, suatu hari nanti saya dan dia tidak akan bersama lagi pada akhirnya. Maka tiada pilihan lain, kami harus melakukannya. Saya ingin memastikan ibunya tidak akan menyakitinya lagi. Saya pastikan perkara itu betul-betul terjadi."

    Selepas perbicaraan kes, hubungan Gypsy dan Nicholas Godejohn telah menjadi renggang. Bulan April 2019, Gyspy Rose dilaporkan telah bertunang dengan lelaki lain. Bulan April tiga tahun berikutnya, Gypsy Rose berkahwin dengan suaminya iaitu Ryan Anderson yang kini tinggal bersama dengannya setelah pembebasannya dari penjara.

Catat Ulasan for " DI MANA BEKAS TEMAN LELAKI GYPSY ROSE IAITU NICHOLAS GODEJOHN SEKARANG?"