Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KES PEMBUNUHAN KEJAM TILFA AZAHRA MOKOAGOW

    Baru-baru ini, negara Indonesia dikejutkan dengan satu berita kes pembunuhan kejam di mana seorang budak perempuan berusia 8 tahun telah mati akibat dibunuh oleh ibu saudaranya sendiri. Lebih mengerikan, mayat budak perempuan itu ditemui tanpa kepala. Motif pembunuhan? Hanya kerana sikap tamak saspek yang inginkan barang kemas yang dipakai oleh budak perempuan tersebut.

    Kejadian pembunuhan ini dilaporkan berlaku pada 18 Januari 2024 bertempat di Desa Baret Tutuyan, Sulawesi Selatan. Kisah bermula apabila Tilfa Azahra Mokoagow atau lebih dikenali sebagai Zahra dilaporkan hilang oleh keluarganya. Zahra sebelum itu dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumahnya untuk bermain. Hasil pencarian yang pihak polis jalankan dengan bantuan penduduk setempat, mereka akhirnya menemui mayat Zahra tanpa kepala di dalam sebuah kebun kelapa. Kepala Zahra pula ditemui di kawasan berhampiran.

    Tidak lama selepas penemuan itu, pihak polis telah diberitahu oleh keluarga Zahra tentang barang kemas yang dipakai Zahra seperti rantai, gelang dan cincin didapati hilang daripada badannya. Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis segera melakukan siasatan di sebuah kedai emas. Berdasarkan siasatan itu, pihak polis akhirnya dapat mengesan individu yang telah menjual barang kemas milik Zahra. Individu tersebut dikenal pasti sebagai Arnita Mamonto, 19 tahun. Suaminya yang juga merupakan sepupu kepada ibu Zahra turut ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

    Pembunuhan Zahra sebenarnya sudah dirancang oleh Arnita sejak tiga hari sebelum kejadian. Senjata pembunuhan adalah pisau yang diasah hingga menjadi sangat tajam. Bercerita tentang bagaimana Zahra dibunuh pada hari kejadian, Arnita telah mempelawa Zahra datang ke rumahnya untuk bermain dengan anaknya. Sesudah itu, Zahra diajak Arnita untuk pergi ke kebun. Sewaktu dalam perjalanan ke kebun tersebut, Zahra sempat mengadu bahawa dia kepenatan lalu meminta Arnita untuk menggendongnya. Sampailah di satu lokasi dalam kebun yang sunyi-sepi itu, Arnita pun menurunkan Zahra dan terus membunuh budak perempuan berkenaan. Zahra sempat menjerit “Bunda!” sebelum nafasnya terhenti.

    Selesai membunuh, Arnita telah mengambil semua barang kemas yang dipakai oleh Zahra sebelum dia beredar pergi dari lokasi kejadian. Setelah membersihkan diri di rumah, Arnita pergi ke kedai emas untuk menjual barang kemas milik Zahra itu. Hasil jualan tersebut, Arnita berjaya mendapat wang tunai dalam sekitar RM900 yang seterusnya dia gunakan untuk membeli telefon dan sim kad baru. Arnita didakwa suka hidup bermewah dan boros dalam berbelanja. Seperkara harus diketahui dalam kes ini, Arnita sempat berkongsi berita tentang kehilangan Zahra di Facebook. Malah bagi mengaburi mata orang ramai, Arnita turut berpura-pura menangis selepas mendapat tahu mengenai berita penemuan mayat Zahra. Soal hukuman Arnita, dia kini bakal berdepan dengan hukuman mati jika didapati bersalah.

1 ulasan for "KES PEMBUNUHAN KEJAM TILFA AZAHRA MOKOAGOW "

  1. Allahuakhbar, celaka betul. Panas hati je baca. Semoga tempatmu dineraka jahanam. Babi laknat betul pmpn ni.

    BalasPadam