Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

FILEM THE EYE (2002), SALAH SATU FILEM PALING SERAM DI ASIA

    Pernah menonton filem seram Hong Kong berjudul The Eye (2002)? Filem ini telah dilabel sebagai salah satu filem seram Asia yang paling popular pada abad ke-21.

    Jalan cerita filem The Eye ini mengisahkan tentang seorang wanita pemain biola berusia 20 tahun iaitu Wong Kar Mun (Lee Sin-Je) yang telah mendapat semula penglihatannya selepas menjalani pemindahan kornea. Mun sebelum itu buta sejak dari dia berusia dua tahun lagi. Pada mulanya Mun begitu gembira dengan kejayaan pembedahan tersebut akan tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila dia mula dapat melihat hantu yang menakutkan. Mun kemudian menceritakan perkara tersebut kepada seorang psikologi yang dikenali sebagai Dr. Wah (Lawrence Chou). Dr. Wah bagaimanapun mempercayai apa yang dialami oleh Mun itu adalah disebabkan bahawa kornea barunya. Namun apabila Mun dan Dr. Wah pergi ke kampung asal penderma korneanya untuk merungkai misteri yang berlaku, situasi semakin bertambah teruk.

    Seperkara harus diketahui, adik-beradik Pang yakni pengarah dan penulis filem The Eye ini  memberitahu bahawa inspirasi yang mendorong mereka untuk menghasilkan filem ini adalah hasil pembacaan di surat akhbar tentang kisah seorang gadis yang membunuh diri tidak lama selepas menjalani pembedahan mata dia. Jadi adik-beradik Pang telah tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berlaku kepada gadis itu hingga membuatkannya tekad untuk menghabisi nyawa sendiri.

    Filem The Eye ini mempunyai dua sekuel utama, The Eye 2 (2004) dan The Eye 10 (2005). Selain itu, terdapat juga tiga filem versi remake The Eye iaitu Adhu (2004, Tamil), Naina (2005, Hindi) dan The Eye (2008 , Hollywood) lakonan Jessica Alba. Tonton salah satu adegan seram filem The Eye di sini : https://youtu.be/dVvi5DP0xZY?si=E_BvNFV8SSC6HjT5

Catat Ulasan for "FILEM THE EYE (2002), SALAH SATU FILEM PALING SERAM DI ASIA"