Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH BAYI DI DALAM BEKAS KIMCHI

    Pada pertengahan bulan Jun 2023, pihak Mahkamah Daerah Uijeongbu di Uijeongbu, Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan telah menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun enam bulan ke atas seorang wanita berusia 35 tahun yang hanya dikenali dengan nama keluarga Seo. Hukuman itu dijatuhkan selepas Seo didapati bersalah menyembunyikan mayat bayi perempuannya dalam bekas plastik selama tiga tahun. Riak wajah Seo semasa mendengar hukumannya itu tidak menunjukkan sebarang rasa penyesalan atas jenayah kejam yang dia telah lakukan.

    Seo dan bekas suaminya iaitu Choi sebelum itu didakwa menyimpan mayat bayi perempuan mereka yang berusia 15 bulan di dalam bekas plastik Kimchi sejak awal 2020. Kematian anak pasangan tersebut adalah disebabkan pengabaian yang mereka telah lakukan.

    Jenayah kejam ini bagaimanapun terbongkar setelah kerajaan bandar Pocheon di Gyeonggi mula menyiasat keberadaan dan keselamatan kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah pada Oktober 2022. Difahamkan siasatan ini dibuat susulan meningkatnya kes keganasan terhadap kanak-kanak yang berkurung di rumah sejak wabak Covid-19 melanda dunia. Dijadikan cerita, mayat bayi perempuan berusia 15 bulan ini ditemui selepas pihak polis melakukan pencariannya kerana dia didapati tidak menjalani sebarang pemeriksaan perubatan atau menghadiri mana-mana sesi persekolahan selama setahun.

    Pada mulanya, Seo tidak memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan baik. Namun selepas pihak berkuasa berjaya berjaya menghubunginya, dia mengatakan bahawa anak perempuannya itu tinggal dengan saudara. Peliknya, Seo enggan membawa atau mengambil anaknya sebagai pengesahan.

    Diringkaskan cerita yakni hasil pencarian pihak polis, mereka menemui bagi perempuan itu di dalam bekas plastik yang sering digunakan untuk menyimpan kimchi. Bekas plastik bekas berukuran 35 sentimeter (sm) panjang, 24 sm lebar dan 17 sm tinggi tersebut disembunyikan dalam beg di atas bumbung sebuah bangunan perumahan di Daerah Seodaemun, Seoul, tempat tinggal ibu bapa bekas suami. Siasatan lebih lanjut mengesahkan bahawa bayi perempuan tersebut meninggal dunia pada Januari 2020. Terbongkar jiga bahawa Seo sering meninggalkan anaknya itu bersendirian di rumah untuk melawat bekas suaminya yang masih berada di penjara pada waktu berkenaan. 

    Bayi perempuan itu hanya menerima tiga daripada jumlah 18 vaksin keseluruhan yang diwajibkan selain tidak pernah dibawa ke hospital semasa sakit. Sepanjang tiga tahun tempoh tiga tahun kehilangan anak mereka, Seo dan bekas suaminya tetap menerima bantuan kewangan kanak-kanak daripada kerajaan. Pihak polis Pocheon menangkap pasangan Seo dan bekas suaminya itu pada bulan Disember 2022.

Catat Ulasan for "KISAH BAYI DI DALAM BEKAS KIMCHI"