Evil Dead Burn! Bersediakah Anda untuk Ditakutkan?

Filem Evil Dead Burn (2026) merupakan filem keenam dalam francais seram kultus Evil Dead yang diterbitkan di bawah pengawasan rapi pencipta asalny iaitu Sam Raimi dan penerbit lama, Rob Tapert. Diarahkan oleh pengarah dari Perancis, Sebastien Vanicek, filem ini membawa naratif yang lebih berat dengan menggabungkan elemen psikologi kedukaan dan kengerian fizikal yang menjadi tunjang utama siri ini sejak 1981. Filem ini mengisahkan perjalanan Alice Price yang cuba mencari ketenangan di rumah agam keluarga mentuanya selepas kehilangan suami namun akhirnya terperangkap dalam malapetaka ghaib apabila kitab Necronomicon Ex-Mortis ditemui sekali gus mencetuskan kebangkitan roh jahat atau Deadites.
Fakta menarik, Evil Dead Burn mencatatkan sejarah unik dalam francais ini kerana menjadi filem pertama menggunakan teknik praktikal gore yang digabungkan secara total dengan teknologi motion capture untuk pergerakan Deadites yang lebih luar biasa dan tidak semula jadi. Sebanyak 80 peratus kesan khas dalam filem ini dilakukan secara fizikal di set penggambaran di New Zealand bagi mengekalkan keaslian rasa kasar dan mengerikan yang menjadi identiti siri Evil Dead. Selain itu, filem ini mempunyai babak pasca-kredit yang dikatakan mengandungi Easter egg atau petunjuk tersembunyi yang menghubungkan penceritaan filem ini secara langsung dengan asal-usul kitab Necronomicon yang dipaparkan dalam filem pertama arahan Sam Raimi.

Satu lagi fakta menarik adalah penglibatan Bruce Campbell. Walaupun tidak memegang watak utama, pelakon itu menyumbang suaranya sebagai rakaman audio misteri dalam salah satu babak di dalam rumah agam tersebut, sebagai penghormatan kepada watak ikoniknya, Ash Williams. Bagi penonton di Malaysia, filem ini telah memulakan tayangan rasminya di seluruh rangkaian pawagam utama bermula 9 Julai 2026. Tonton trailer di bawah:
Catat Ulasan for "Evil Dead Burn! Bersediakah Anda untuk Ditakutkan? "