Kisah Pembunuhan Kejam Hu Yixuan

Pada tahun 2014 bertempat di bandar Jiamusi, wilayah Heilongjiang, satu kes pembunuhan kejam telah berlaku yang melibatkan melibatkan konspirasi kejam sepasang suami isteri akibat dendam, cemburu buta dan nafsu yang terkawal oleh anasir gelap.
Mangsa pembunuhan kes ini ialah Hu Yixuan, seorang gadis berusia 17 tahun yang sedang menjalani latihan praktikal sebagai jururawat di Hospital Rakyat Mulan. Hu Yixuan dikenali oleh rakan-rakan dan keluarganya sebagai seorang remaja yang ceria dan periang. Pada petang 24 Julai 2014, hari itu menjadi titik hitam apabila Hu Yixuan keluar dari kediamannya untuk menghantar jeruk bawang putih buatan ibunya kepada rakan karibnya.
Semasa berjalan di laluan biasa, Hu Yixuan telah terserempak dengan Tan Beibei, seorang wanita yang sedang sarat mengandung. Tan Beibei menggunakan keadaan fizikalnya sebagai umpan dengan mengadu kesakitan pada bahagian perut dan meminta pertolongan untuk dihantar pulang ke rumah. Berbekalkan latar belakang sebagai penuntut bidang perubatan dan sifat empatinya, Hu Yixuan langsung tidak menaruh sebarang syak wahtu. Tanpa disedari, kebaikan hatinya itu telah dimanipulasi sepenuhnya untuk membawanya masuk ke dalam perangkap maut.

Sebaik sahaja tiba di kediaman suspek, Hu Yixuan disambut dengan ramah sebelum dihidangkan segelas yogurt yang telah dicampur dengan ubat pelali bernoktah tinggi. Selepas Hu Yixuan tidak sedarkan siri akibat ubat tersebut, suami Tan Beibei yang bernama Bai Yunjiang bertindak cuba merogolnya. Namun apabila Hu Yixuan sedar dan mula meronta untuk mempertahankan diri, pasangan suami isteri itu hilang akal kerana bimbang jenayah mereka terbongkar.
Dalam keadaan panik dan dikuasai niat jahat, Bai Yunjiang dan Tan Beibei telah bertindak kejam dengan menekup kepala mangsa menggunakan bantal sehingga Hu Yixuan meninggal dunia akibat kelemasan. Selepas menyedari hal itu, mereka menyembunyikan mayat Hu Yixuan ke dalam sebuah bagasi besar sebelum melarikan diri menggunakan kenderaan ke kawasan ladang jagung terpencil untuk melupuskan bukti.
Siasatan mendalam pihak berkuasa kemudiannya merungkai motif di sebalik perbuatan kejam ini. Akar umbi kejadian ini bermula daripada rasa cemburu melampau dan gangguan psikologi yang dialami oleh Bai Yunjiang. Beberapa bulan sebelum kejadian yakni semasa kunjungannya ke kampung halaman, Bai Yunjiang telah diberitahu oleh rakan sekerjanya mengenai sejarah perhubungan silam isterinya, Tan Beibei yang telah pun hilang dara sebelum perkahwinan mereka. Maklumat terperinci dan unsur-unsur aib mengenai masa lalu isterinya itu meracuni fikiran Bai Yunjiang menyebabkan dia mengalami kemurungan, hilang selera makan dan rasa terhina.

Tekanan mental yang meruncing ini mencetuskan konflik rumah tangga yang parah. Maka dalam usaha meredakan kemarahan dan rasa tidak puas hati suaminya yang kerap merungut kerana tidak mendapat pasangan yang dara, Tan Beibei mengambil langkah drastik yang di luar batasan kewarasan. Wanita itu secara sukarela mencadangkan agar dia mencari gadis muda di luar untuk memuaskan nafsu suaminya sebagai kaedah pemulihan emosi rumah tangga mereka.
Bermula dari sinilah bermulanya siri pemantauan dan pencarian mangsa di kawasan kejiranan sekitar. Tan Beibei menggunakan status kehamilannya sebagai perisai untuk mendekati beberapa mangsa lain sebelum ini namun beberapa cubaan terdahulu gagal akibat pelbagai faktor. Malangnya pada 24 Julai, Hu Yixuan menjadi korban yang tidak dapat diselamatkan apabila perangkap tersebut berjaya dilaksanakan sepenuhnya di kediaman mereka.

Tindakan pantas pihak polis dalam meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan jejak komunikasi terakhir Hu Yixuan akhirnya berjaya membongkar kes ini pada masa yang singkat. Kedua-dua suspek ditahan di mana Tan Beibei terpaksa diletakkan di bawah pengawasan perubatan di hospital tempat Hu Yixuan pernah menjalani latihan kerana hampir pada tarikh bersalin. Kelahiran bayi tersebut di wad hospital yang sama menimbulkann kemarahan moral dalam kalangan petugas kesihatan dan penduduk tempatan yang mengenali Hu Yixuan.
Pada Jun 2014, Mahkamah Rakyat Pertengahan Jiamusi menjatuhkan hukuman mati ke atas Bai Yunjiang atas kesalahan membunuh, merogol dan merompak di mana hukuman tersebut dilaksanakan pada Januari 2015. Sementara itu, Tan Beibei dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana peruntukan undang-undang melarang pelaksanaan hukuman mati terhadap wanita yang sedang hamil semasa proses perbicaraan. Bayi yang dilahirkan kemudiannya diserahkan kepada institusi kebajikan atas persetujuan keluarga setelah kedua-dua pihak menolak untuk menjaga anak tersebut.
Catat Ulasan for "Kisah Pembunuhan Kejam Hu Yixuan"