Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH KEHILANGAN ALLISA TURNEY

Alissa Turney - Justice for Alissa Facebook

    17 Mei 2001. Hari itu merupakan hari terakhir sesi persekolahan untuk Alissa Turney atau Lisa yang berusia 17 tahun. Dia bagaimanapun terpaksa pulang awal dari sekolah tersebut berbanding hari-hari sebelumnya selepas dijemput oleh ayah tirinya yang bernama Michael Turney atau Mike.

    Sekitar jam 4 ke 5 petang hari yang sama, Mike pergi menjemput pula adik Lisa iaitu Sarah. Pada waktu inilah Mike memberitahu Sarah bahawa Lisa telah pun hilang. Harus diberitahu bahawa Mike melayan Lisa dan Sarah dengan cara yang sangat jauh berbeza. Hidup Lisa dikongkong serta dilayan dengan begitu tegas oleh Mike manakala Sarah pula agak disayangi. Seperkara lagi, ibu kepada Lisa dan Sarah sudah lama meninggal dunia. 

Michael Turney - Justice for Alissa Facebook

    Setibanya di rumah, Mike telah menyuruh Sarah pergi memeriksa bilik Lisa. Pada sebelumnya, Lisa ada cuba untuk menelefon Sarah, namun usahanya itu gagal. Dalam bilik Lisa, Sarah telah menemui beg galas, telefon bimbit dan sekeping nota yang bertulis, 

    "Dad and Sarah,
When you dropped me off at school today, I decided I really am going to California. Sarah, you said    you really wanted me gone – now you have it. Dad, I took $300 from you. That’s why I saved money." 

    Baik. Ini adalah salah satu isi penting dalam kes ini. Diingatkan Sarah langsung tidak mengetahui bahawa pada hari kejadian Mike telah menjemput  Lisa pulang dari sekolah awal daripada waktu kebiasaannya. Perkara ini hanya diketahui oleh Sarah selepas menonton sebuah dokumentari mengenai kehilangan kakaknya itu yang disiarkan pada tahun 2009. Bayangkan, lapan tahun lamanya selepas kejadian. 

    Mike seterusnya melaporkan kehilangan Lisa kepada pihak polis sebagai kes melarikan diri dari rumah. Disebabkan laporan Mike itu, pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan susulan untuk menyiasat perkara tersebut. 

    Tahun 2006, seorang banduan dari penjara Florida bernama Thomas Hymer telah membuat satu pengakuan bahawa dia adalah pembunuh Lisa. Selepas pihak polis menjalankan siasatan, ternyata pengakuan yang dibuat oleh banduan tersebut adalah palsu belaka. 

Justice for Alissa Facebook

    Kes ini sebenarnya lebih cenderung kepada Mike yang berkemungkinan besar adalah sebagai suspek utama. Begini, seminggu selepas kehilangan Lisa, Mike ada memberitahu pihak polis tentang satu panggilan telefon yang telah dibuat oleh Lisa. Dalam panggilan telefon tersebut, Lisa yang berada di California memberitahu tujuannya melarikan diri dari rumah adalah disebabkan Mike sendiri. Seperkara lagi, Lisa bertekad tidak akan pernah kembali pulang. Mike tidak sembang kosong. Sebagai bukti, dia ada menyediakan rakaman butiran panggilan telefon tersebut kepada pihak polis. Walau bagaimanapun sepanjang tempoh kehilangan Lisa, tiada sebarang perkhabaran berita tentangnya yang  didengari. Bahkan, dia tidak pernah berhubungan dengan mak ciknya yang tinggal di California itu. Angka wang dalam akaun banknya sikit pun tidak bergerak. Jadi, dalam kes sebegini tidak mungkin dia melarikan diri dari rumah. 

    Mike sendiri tidak pernah berputus asa mencari Lisa. Bahkan dia beberapa kali berulang alik ke California untuk mencari sendiri Lisa. Ini termasuklah menyebarkan poster dan risalah. Namun, ada sesuatu dalam diri Mike yang sememangnya sangat mencurigakan. Mula-mula dia mendakwa bahawa Lisa melarikan diri dari rumah. Pendiriannya itu kemudian berubah apabila mengesyaki pula Lisa telah diekori individu yang dikatakan ingin mencederakannya. Muncul juga cerita daripada mulut Mike sendiri di mana telah berlakunya pergaduhan antara mereka berdua pada hari kejadian. Pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada peraturan di rumah. 

    Cerita belum selesai. Memandangkan pihak polis mula mendapat bau sesuatu yang meragukan daripada Mike, mereka pun mula mengorek maklumat hingga ke lubang cacing. Ternyata, separuh daripada cerita terbongkar jua. Mike adalah seorang yang sangat mengongkong, paranoid dan cenderung membuat tuntutan melalui mahkamah.

    Segala panggilan keluar masuk telefon di rumah Mike adalah direkod sepenuhnya. Selain itu, terdapat juga kamera pengawasan termasuklah sebuah kamera rahsia yang diletakkan di dalam lubang udara. Benda ini dipasang oleh Mike untuk memantau dan mengawasi setiap aksi dan pergerakan anak-anak tirinya terutama Lisa. Sepertinya, benda sebegini memang sangat menggangu perasaan. Tiada sebarang privasi. Paling tidak diterima masuk akal apabila Mike mendakwa fungsi rakaman kamera itu ditutup pada hari kehilangan Lisa. Lisa dikatakan pernah dicabul serta didera secara seksual oleh Mike. Satu pengakuan yang diakui sendiri oleh teman lelaki, cikgu dan kawan Lisa sendiri. 


Aksi Mike merakam video Lisa

    Ekoran itu, pihak polis pantas mendapatkan waran penggeledahan. Di sini, satu lagi penemuan di rumah Mike yang agak mengejutkan. Pasukan penyiasat telah menemui 26 buah bom paip buatan sendiri dan 90 dokumen rasmi yang ditulis oleh Mike. Ini termasuklah kontrak yang ditandatangi oleh Lisa sendiri yang menyatakan dia tidak pernah didera secara seksual oleh Mike. Menerusi satu lagi dokumen lain, Mike menulis satu keterangan di mana dia mempercayai Lisa telah dibunuh oleh individu yang ingin mrmbalas dendam terhadap Mike sendiri. Lagipun semasa zaman muda Mike di tempat kerja lamanya, dia adalah seorang yang sangat lantang bersuara. Jadi, perkara ini berkemungkinan dilihat sebagai motif dendam perkara tersebut. 

    Mike yang pada akhirnya ditahan atas kesalahan memiliki bom paip buatan sendiri telah diperintahkan menjalani hukuman penjara selama sepuluh tahun. Tentang apa yang telah berlaku kepada Alissa Turney, semua itu masih lagi kekal menjadi misteri.

Catat Ulasan for "KISAH KEHILANGAN ALLISA TURNEY"