Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AYESHA BANU MAKRANI : Luahan Perasaan Terakhir Seorang Isteri Teraniaya

Ayesha Banu Makrani

    INDIA - Pada minggu lepas, tular di media sosial sebuah video luahan perasaan serta pesanan terakhir daripada seorang wanita bernama Ayesha Banu Makrani (23 tahun) yang berdiri di tepi jambatan. Video itu dirakamnya sebelum dia bertindak untuk membunuh diri dengan terjun di Sungai Sabamarti. Dalam video tersebut, Ayesha memberitahu,

    “Hello, Assalamualaikum. Aku Ayesha Arif Khan. Apa yang dilakukanku sekarang adalah tanpa paksaan. Apa yang boleh aku cakap sekarang, hanya setakat ini hidupku atas ketentuan Tuhan dan aku telah melalui hidup yang singkat ini dengan aman. Ayah! Sampai bila ayah akan melawan? Tarik balik kes.”

    “Tak perlu lakukannya lagi. Ayesha dilahirkan bukan untuk melawan. Aku cintakan Arif sepenuh hati, jadi mengapa kita perlu mengganggunya? Jika dia ingin kebebasan, maka biarkanlah dia bebas. Walau apapun, hidupku berakhir di sini. Aku berasa gembira kerana akan bertemu dengan Allah.”

    “Di manakah silapku? Ibu bapaku adalah orang yang baik, begitu juga dengan rakan-rakanku. Namun ada sesuatu yang serba kekurangan. Mungkin dalam diriku. Mungkin juga dalam nasibku.”

    “Aku gembira. Aku tidak lulus dengan tenang. Aku berdoa kepada Allah agar tidak ditunjukkan lagi muka manusia.”

    “Ingatlah aku dalam doamu, siapa tahu aku akan masuk syurga atau sebaliknya. Apapun, selamat tinggal.”

    Sebaik saja keluarga Ayesha menerima mesej video itu, mereka bergegas melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Namun semuanya sudah terlambat, Ayesha sudah pun mati lemas.

    Ayesha sebelumnya telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Aarif Khan Gafurji pada bulan Julai 2018. Mereka berdua tinggal bersama di Jalore, Rajasthan. Apa yang berlaku kemudian, Ayesha didera secara fizikal dan mental oleh suami dan keluarga mentuanya secara berterusan hanya kerana dia tmemberikan mas kahwin yang sedikit. Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh bapa Ayesha iaitu Liaquat Ali, keluarga Aarif tetap menagih wang walaupun dia sudah memberikan sejumlah wang kepada mereka. Hinggalah beberapa bulan lepas, Ayesha dihantar semula ke rumahnya kerana bergaduh dengan Aarif. Sejak itu, Aarif telah berhenti untuk menghubunginya.

    Lagi siri pendedahan yang mengejutkan adalah fakta Aarif yang menyuruh Ayesha menghantar video bunuh diri jika isterinya itu berhasrat benar-benar untuk mengakhiri hidupnya. Baru-baru ini, peguam Ayesha bernama Zafar Pathan telah mendedahkan satu surat tulisan Ayesha yang memang ditujukannya kepada Aarif. Isi kandungan surat tersebut benar-benar menyayat hati di mana Ayesha menceritakan bahawa dia telah dikurung oleh Aarif dalam bilik selama empat hari tanpa diberikan sebarang makanan. Menyedihkan apabila Ayesha pernah mengalami keguguran bayi akibat layanan yang diberikan oleh Aarif. Paling mengecewakan Ayesha, suaminya itu dipercayai ada menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.

    Aarif dan keluarganya telah ditahan oleh pihak polis tetapi sudah dibebaskan semula dengan ikat jamin. Kes Ayesha ini dilaporkan masih lagi dalam siasatan.

Catat Ulasan for "AYESHA BANU MAKRANI : Luahan Perasaan Terakhir Seorang Isteri Teraniaya"