Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH KEMATIAN NOA YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN

    Kisah menyedihkan yang berlaku di negara Jepun ini berlaku pada bulan Jun tahun lepas. Seorang wanita ibu tunggal bernama Saki Kakehashi (24 tahun) telah keluar dari rumahnya pada tarikh 5 Jun untuk melawat teman lelakinya yang tinggal di Kagoshima Prefecture. Pada masa sama, anak perempuan Saki bernama Noa yang berusia tiga tahun ditinggalkan bersendirian di rumah. Hinggalah Saki kembali pulang ke rumahnya pada 13 Jun, Noa telah ditemui berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Jadi, Saki pun segera menghubungi pihak talian kecemasan bagi meminta bantuan. Walau bagaimanapun, semuanya sudah terlambat. Noa telah disahkan meninggal dunia di hospital.

    Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pihak polis, memang tabiat Saki suka untuk membiarkan Noa tinggal seorang diri di rumah. Bukan untuk sejam dua, namun sehingga lewat malam dan adakalanya selama berhari-hari. Saki yang juga merupakan seorang pekerja bar sering menghabiskan masa untuk berhibur serta berparti bersama dengan rakan-rakannya. Seperkara yang harus diketahui, Saki dan suaminya sudah pun bercerai sejak dari tahun 2017. Noa juga sudah lama tidak dihantar ke mana-mana pusat asuhan kanak-kanak.

    Sewaktu penemuan mayat Noa, berat badannya dilaporkan hanya seberat 11 kilogram. Dia telah ditemui terbaring di atas tilam pada bahagian ruang tamu yang dikelilingi dengan sampah sarap. Berdasarkan laporan forensik mendapati punca kematian Noa adalah disebabkan dehidrasi dan kelaparan. Noa tidak dapat untuk keluar dari rumah memandangkan pintu masuk telah dihadang Saki dengan sofa. Selain itu, Noa turut dikesan ada mengalami luka penderaan di tubuh badannya. Bahkan kulit pada bahagian punggung Noa juga berwarna kemerahan yang disebabkan pemakaian lampin untuk satu tempoh masa terlalu lama. Saki bagaimanapun disyaki sempat menukar lampin Noa pada waktu sebelum dia menghubungi talian kecemasan. Saki diyakini berbuat sedemikian adalah untuk menunjukkan kononnya dia adalah seorang ibu yang bertanggungjawab.

    Selepas ditahan oleh pihak polis, Saki ada membuat pengakuan tentang Noa yang pernah jatuh sakit selama beberapa hari. Saki bagaimanapun tidak menghantar anak perempuannya itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami masalah kewangan. Hingga setakat ini, masih tiada perkembangan terkini yang jelas mengenai kes Saki.

Catat Ulasan for "KISAH KEMATIAN NOA YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN"