Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KES VIRAL TIKTOK INDRA & ICA

    INDONESIA – Sejak pertengahan bulan April lalu, tular di laman media sosial Tiktok tentang seorang gadis remaja cantik berusia 14 tahun bernama Annisa atau lebih dikenali sebagai Ica yang telah menjadi mangsa rogol hingga dia akhirnya kehilangan nyawa. Kisah Ica ini menjadi tular kerana kematiannya adalah disebabkan pengkhianatan yang dilakukan oleh teman lelakinya sendiri. Sebelum Ica mati, dia dipercayai telah dipaksa teman lelakinya untuk meminum arak dan menghisap dadah.

    Berdasarkan laporan daripada media masa Indonesia, Ica yang bersekolah di SMK Leles, Cianjur, Jawa Barat mempunyai seorang teman lelaki seusia dengannya iaitu Indra Rafanda. Mengenai Indra, dia dikatakan sebagai seorang yang begitu nakal dan kebanyakan masanya dihabiskan untuk melepak bersama dengan rakan-rakannya. Kisah sebenar bermula pada malam 11 April 2022 apabila Ica telah mengikut Indra pergi menghadiri majlis hari jadi di rumah rakan mereka. Namun apa yang berlaku kemudian pada malam tersebut, Indra memaksa Ica meminum arak walaupun Ica berkali-kali menolak untuk berbuat sedemikian. Lebih dahsyat, Ica juga dipaksa menghisap dadah tanpa sebarang kerelaannya.

    Tidak jelas berhubung kronologi pada malam kejadian akan tetapi apa yang dapat dipastikan adalah Ica telah dirogol oleh Indra dan lima orang lagi individu yakni rakan kepada Indra. Sesudah kejadian, Indra pun menghantar Ica pulang ke rumah dalam keadaan teman wanitanya itu tidak sedarkan diri serta pada masa sama muntah tanpa henti. Perkara tersebut disedari oleh ibu bapa Ica yang seterusnya bertindak untuk menghantar anak gadis mereka itu ke pusat perubatan. Ica bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan dengan terdapat kesan kecederaan pada beberapa anggota tubuh badan termasuk bahagian kemaluannya. Lagi sadis, Ica dipercayai telah dirogol sebanyak 20 kali.

    Selepas berita kematian Ica tersebar, Indra telah memuatnaik hantaran status di laman akaun Facebook miliknya dengan status yang bernada meminta simpati. Dia kononnya begitu bersedih atas pemergian Ica. Walau bagaimanapun, status tersebut telah mendapat kecaman oleh para pengguna Facebook. Indra dan rakan-rakannya akhirnya ditangkap oleh pihak polis susulan aduan yang dibuat oleh ibu bapa Ica berkenaan dengan kematian anak mereka. Hingga saat ini, perkembangan kes masih lagi tidak diketahui.                         

Catat Ulasan for "KES VIRAL TIKTOK INDRA & ICA"