Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI TUA INI DIPUJI KERANA DAPAT BERKAHWIN DENGAN PEREMPUAN CANTIK

    INDONESIA – Soal rezeki, jodoh dan maut itu adalah rahsia Allah S.W. T. sejak kita masih berada di dalam kandungan lagi. Tiada siapa tahu apakah nikmat rezeki yang bakal perolehi pada masa kelak dan tarikh bila kita akan dijemput ajal. Begitu juga dengan soal jodoh. Perbezaan usia tidak dapat menjadi penghalang kalau itu sudah jodoh yang sudah tertulis.

    Baru-baru ini, tular tentang kisah perkahwinan pasangan pengantin yang mempunyai jarak perbezaan usia 47 tahun. Pengantin lelaki tersebut dikenali sebagai H. Sondani yang berusia 65 tahun manakala usia pengantin perempuan iaitu Via pula baru 18 tahun. Ramai yang mengatakan bahawa H. Sondani begitu bertuah dapat memiliki isteri secantik Via.

    Menerusi laporan daripada media tempatan Indonesia, Sondani dan Via mula bertemu sewaktu kedua-dua mereka melakukan aktiviti ziarah di daerah Jepawa, Jawa Tengah. Sondani memandang Via dengan pandangan cinta pandang pertama. Tidak lama sesudah pertemuan tersebut, Sondani pun mengenali Via dengan lebih dekat. Sebulan kemudian, mereka berdua pun membuat keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan dengan Via ini merupakan perkahwinan kedua untuk Sondani yang sebelum itu bergelar sebagai duda selepas kematian isteri pertamanya pada 10 bulan lepas. Sondani mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya.

    Kos perkahwinan Sondani dan Via dilaporkan telah ditanggung sepenuhnya oleh Sondani dengan jumlah keseluruhannya adalah sekitar 700 juta rupiah (RM209 392.43). Kos tersebut merangkumi wang hantaran, kereta mewah dan pakej umrah. Menurut Sondani, dia dan Via berserta beberapa orang lagi anggota keluarga isterinya itu akan berlepas ke Mekah pada 30 Mei nanti bagi menunarikan umrah.

    H Sondani yang berasal dari di Arjawinangun, Kabupaten Ciberon, Jawa Barat tersebut adalah seorang hartawan hartanah yang terkenal dengan sikap dermawan, mesra dan sering membantu masyarakat di kampungnya. 

Catat Ulasan for "LELAKI TUA INI DIPUJI KERANA DAPAT BERKAHWIN DENGAN PEREMPUAN CANTIK"