Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA CANTIK DITEMUI MATI, TEMAN LELAKI DILAPORKAN HILANG

    AMERIKA SYARIKAT – Misteri kehilangan seorang pelajar wanita Universiti Chicago sebelum ini iaitu Natally Brookson (22 tahun) akhirnya terungkai jua selepas pihak polis mengesahkan penemuan mayatnya. Mayat Natally itu telah ditemui sendiri oleh pihak polis sendiri dengan lokasi penemuan masih tidak didedahkan. Pihak polis bagaimanapun masih belum lagi mengesahkan punca kematiannya dan mereka sedang berusaha ke arah itu. Segala butiran terperinci masih lagi dalam siasatan.

    Natally dipercayai hilang pada 30 April 2022 di mana kali terakhir dia dilihat adalah di tempat kerjanya yang berlokasi antara Lincoln Avenue dan Bryn Mawr Avenue. Natally merupakan seorang pelajar Universiti Chicago dengan mengambil jurusan psikologi. Siasatan kes ini menjadi rumit selepas teman lelaki Natally iaitu Daniel Sotelo (26 tahun) turut dilaporkan hilang pada hari yang sama kehilangan Natally. Individu terakhir yang diyakini melihat adalah rakan sebilik Daniel sendiri. Berdasarkan keterangan daripada rakan Daniel tersebut, dia mendakwa telah menghantar Daniel ke sebuah stesen pengangkutan awam yang berdekatan dengan Roosevelt Road dan State Street.

    Laporan kehilangan Daniel dibuat oleh keluarganya selepas dia gagal untuk dihubungi. Malah menerusi penjelasan daripada kakak Daniel, dia mendakwa adiknya yang turut belajar di Univeristi Chicago dalam bidang Kimia Organik itu telah bertingkah laku pelik sebelum dia menghilang. Natally pula digambarkan sebagai seorang yang baik, berdikari dan sentiasa berfikiran positif. Pihak polis telah pun mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan. 

Catat Ulasan for "WANITA CANTIK DITEMUI MATI, TEMAN LELAKI DILAPORKAN HILANG"