Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

GADIS REMAJA DICULIK, ORGAN DAN USUS BADAN DIKELUARKAN DARI BADAN

    COLOMBIA - Video mayat seorang gadis remaja dirobek hingga ususnya dikeluarkan telah menjadi tular di laman media sosial. Lokasi kejadian yang mengerikan itu dilaporkan berlaku di sekitar kawasan El Bagre.

    Mayat mangsa berkenaan dikenal pasti sebagai Maria Camila Villalba Espitia, 17 tahun yang sebelum ini telah dilaporkan hilang oleh keluarganya. Gadis tersebut juga dipercayai sebagai salah seorang daripada dua orang mangsa yang telah menjadi mangsa penculikan di sebuah kawasan ladang. Difahamkan terdapat mayat seorang lelaki yang telah dikerat badannya telah ditemui di ladang itu.

    Harapan keluarga Maria untuk menemuinya semula dalam keadaan hidup terus terkubur sejurus selepas video penculik merobek perut Maria tersebar luas di laman media sosial baru-baru ini. Identiti Maria sebagai mayat di dalam video tersebut dikenal pasti berdasarkan pakaiannya yang dilihat sama di dalam fotonya yang telah tersebar.

    Dalam video itu, penculik Maria yang tidak diketahui identitinya telah mengeluarkan semua organ dan usus dalam badan Maria. Buat masa sekarang, pencarian mayat Maria masih lagi diteruskan serta pada masa sama keluarganya meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran video tersebut.

Catat Ulasan for "GADIS REMAJA DICULIK, ORGAN DAN USUS BADAN DIKELUARKAN DARI BADAN"