Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM LAKHVINDER CHEEMA

Lakhvinder dan Lakhvir

    Pada 27 Januari 2009 bertempat di Southall, London Barat, seorang lelaki berusia 36 tahun yang berasal dari negara India iaitu Lakhvinder Cheema telah mati akibat diracun oleh bekas teman wanitanya sendiri. Kes kematian Lakhvinder ini mendapat liputan meluas pihak media kerana cara kematiannya yang begitu sadis di mana racun yang digunakan untuk membunuhnya adalah sejenis racun paling berbahaya di dunia. Jadi apakah sebab sebenar Lakhvinder dibunuh dan apakah motif sebenar bekas teman wanitanya itu melakukan pembunuhan kejam tersebut?

    Sedikit latar belakar tentang bekas teman wanita Lakhvinder, namanya adalah Lakhvir Singh. Dia membesar di India sebelum berhijrah ke mengikut suaminya berhijrah ke London. Suami Lakhvir ini bernama Aunkar Singh. Lakhvir berkahwin dengan Aunkar bukan atas dasar cinta akan tetapi kerana aturan keluarganya. Disebabkan itu, Lakhvir tidak pernah bahagia dengan kehidupan rumah tanggannya bersama Aunkar. Walau bagaimanapun, Lakhvir dan Aunkar mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan mereka itu.

    Satu hari, Aunkar telah disahkan mengidap penyakit kanser. Apabila Lakhvir diberitahu oleh doktor mengenai perkara ini, dia berasa tertekan kerana perlu menjaga suami serta anak-anak selain memikul tanggungjawab menyara kehidupan mereka sekeluarga. Tidak lama kemudian, Lakhvir telah berkenalan dengan Lakhvinder sebelum terjalinnya hubungan sulit antara mereka yang bermula sejak dari tahun 1993. Boleh dikatakan hampir setiap hari Lakhvir pergi ke rumah Lakhvinder untuk memasak dan mencuci pakaian kekasih gelapnya. Sepanjang tempoh hubungan sulit mereka berdua tersebut, Lakhvir pernah mengandung sebanyak dua kali. Kedua-dua kandungan itu bagaimanapun Lakhvir gugurkan kerana disuruh Lakhvinder untuk berbuat sedemikian.

    Selepas 16 tahun hubungan sulit tersebut terjalin, barulah Lakhvinder menyedari bahawa dia dan Lakhvir tidak ditakdirkan untuk hidup bersama. Dalam erti kata lata lain, Lakhvir bukan wanita yang sesuai Lakhviner untuk jadikan sebagai isteri. Lagipun, Lakhvir tidak boleh menceraikan Aunkar kerana perkara itu merupakan satu pantang larang dalam kepercayaan masyarakat India. Kesudahannya yakni pada tahun 2008, Lakhvinder telah memutuskan hubungannya dengan Lakhvir. Bukan mudah untuk Lakhvir menerima kenyataan perpisahan tersebut kerana dia sudah pun mengorbankan segala-galanya untuk Lakhvinder. Maka apa yang Lakhvir lakukan, dia merayu kepada Lakhvinder secara berterusan supaya mereka berdua kembali hidup bersama. Lakhvinder tetap dengan keputusannya untuk berpisah.

Lakhvir dan Gurjeet

    Tidak lama setelah perpisahan itu, Lakhvinder telah jatuh hati dengan seorang wanita muda berusia 21 tahun yang dikenali sebagai Gurjeet Chough. Sesudah tiga bulan mengenali isi hati masing-masing, Lakhvinder dan Gurjeet akhirnya bersetuju untuk bertunang. Sejurus Lakhvir mendapat tahu tentang pertunangan tersebut, dia telah mengamuk dan membuat ugutan untuk membakar rumah Lakhvinder. Bulan Disember 2008, Lakhvinder dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami keracunan makanan. Pada waktu ini, Lakhvinder sememangnya sudah mengesyaki bahawa dia telah diracun oleh Lakhvir. Cumanya, tiada sebarang bukti yang Lakhvinder boleh kemukakan untuk membuktikan dakwaannya itu.

    Awal bulan Januari 2009, Lakhvir telah pergi ke India untuk mengambil sejenis racun berbahaya iaitu “bunga Aconite” atau juga dikenali dengan nama “Wolfsbane”. Secara ringkasnya, racun ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gejala muntah yang teruk, lumpuh dan jantung terhenti. Kali terakhir individu yang telah didakwa menggunakan kaedah racun ini untuk melakukan pembunuhan adalah pada tahun 1882.

Aconite

    Pada 27 Januari 2009, Lakhvir telah menceroboh masuk ke dalam rumah Lakhvir yang tidak penghuni pada waktu tersebut. Lakhvir seterusnya meletakkan sejumlah dos racun “Aconite” dengan kuantiti tinggi ke dalam bekas masakan kari yang ada di dalam peti sejuk rumah berkenaan. Malam pada hari yang sama, Lakhvinder dan Gurjeet pun memakan masakan kari tersebut. Tidak lama selepas itu, pasangan tunang tersebut terus jatuh sakit dengan keadaan Lakhvinder lebih parah berikutan kuantiti masakan kari yang dimakannya terlalu banyak. Pada mulanya, Lakhvinder muntah secara berterusan lalu mengalami kekejangan sebelum penglihatannya menjadi kian kabur. Dalam saat yang mencemaskan tersebut juga, Lakhvinder sempat menjerit meminta bantuan dan menelefon pihak talian kecemasan dengan mendedahkan nama Lakhvir sebagai pelaku yang telah meracuninya. Lama-kelamaan, Lakhvinder tidak dapat lagi untuk berbicara.

    Lakhvinder dan Gurjeet telah dihantar ke hospital oleh adik perempuan Lakhvinder yang kebetulan tiba di rumah mereka sewaktu kejadian tersebut berlaku. Lakhvinder disahkan meninggal dunia pada masa sejam setelah ketibaannya di hospital itu manakala Gurjeet terpaksa dikomakan. Keajaiban berlaku apabila Gurjeet dapat diselamatkan biarpun pada waktu sebelumnya doktor memberitahu bahawa peluang wanita tersebut untuk terus hidup adalah agak tipis.

    Susulan kematian Lakhvinder, pihak polis tidak memerlukan masa yang lama untuk menangkap Lakhvir. Penangkapan itu dibuat oleh pihak polis hasil maklumat daripada seorang saksi yang mendakwa ada melihat Lakhvir membuka peti sejuk di rumah Lakhvinder pada hari kejadian. Pihak polis turut menemui racun “bunga Aconite” di dalam tas tangan Lakhvir. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes pada bulan Februari 2010, Lakhvir yang didapati bersalah membunuh Lakhvinder telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 23 tahun.                                        

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM LAKHVINDER CHEEMA "