Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KONERAK SINTHASOMPHONE, MANGSA PEMBUNUHAN JEFFREY DAHMER YANG HAMPIR BERJAYA MELARIKAN DIRI

    Baru-baru ini, Netflix menayangkan siri drama jenayah berjudul Monster : The Jeffrey Dahmer Story yakni tentang pembunuh bersiri kanibal iaitu Jeffrey Dahmer yang turut dikenali dengan gelaran sebagai Milwaukee Cannibal atau Milwaukee Monster. Jeffrey dipercayai telah membunuh seramai 17 orang mangsa sepanjang tempoh pembunuhan berantai yang dilakukannya sejak dari tahun 1978 hingga 1991. 

    Sebenarnya adalah salah seorang daripada mangsa pembunuhan Jeffrey hampir pernah berjaya melarikan. Walau bagaimanapun, sedikit kecuaian daripada pihak polis telah menyebabkan mangsa itu akhirnya dibunuh oleh Jeffrey. Mangsa tersebut bernama Konerak Sinthasomphone yang berusia 14 tahun pada waktu itu.

    Setakat yang diketahui tentang latar belakang Konerak, dia membesar di Wisconsin. Keluarganya yang berasal dari negara Laos sebelum itu telah berhijrah ke Amerika Syarikat bagi mencari peluang pekerjaan lebih baik. Disebabkan keluarganya bergelut dengan masalah kewangan, Konerak dan abangnya yang dikenali sebagai Somsack terpaksa bekerja keras untuk menyara kehidupan keluarga mereka.

    Jeffrey telah membunuh Konerak pada 27 Mei 1991. Sebelum pembunuhan tersebut berlaku, Jeffrey mempelawa Konerak untuk meminum bir di rumahnya Pada masa sama Konerak ditawarkan Jeffrey untuk diberikan wang. Jeffrey kemudian menyuntik Konerak dengan asid hidroklorik. Namun apa yang lebih dahsyat sesudah itu, kepala Konerak ditebuk Jeffrey dengan mesin gerudi. Konerak bagaimanapun berjaya melarikan dari rumah Jeffrey untuk seketika dalam keadaannya bertelanjang, cedera dan lemah tidak bermaya. Sewaktu Konerak sudah berada di jalanan, dia telah ditemui oleh dua orang awam yang seterusnya menghubungi pihak polis bagi memaklumkan berkenaan dengan keadaan Konerak. Cuma apa yang lebih mengejutkan selepas panggilan kecemasan tersebut dibuat, pihak polis yang tiba di lokasi kejadian memilih untuk mempercayai Jeffrey di mana dia mendakwa bahawa Konerak adalah kekasihnya yang berusia 19 tahun. Konerak terus dibunuh sejam selepas dia dikembalikan kepada Jeffrey.

    Satu lagi kesilapan terbesar daripada pihak polis adalah tiada pemeriksaan latar belakang yang dijalankan terhadap Jeffrey semasa itu. Jeffrey sebenarnya sudah pun mempunyai rekod jenayah atas kesalahan mencabul abang Konerak iaitu Somsack pada bulan tahun 1988. Somsack dicabul dengan cara diberikan dadah akan tetapi dia dapat melarikan diri. Susulan insiden tersebut, Jeffrey ditangkap pada bulan yang sama sebelum dijatuhkan hukuman penjara setahun dengan lima tahun pengawasan. Kisah penuh tentang Jeffrey boleh dibaca di sini : Kisah Jeffrey Dahmer - Milwaukee Cannibal.

Catat Ulasan for "KONERAK SINTHASOMPHONE, MANGSA PEMBUNUHAN JEFFREY DAHMER YANG HAMPIR BERJAYA MELARIKAN DIRI"