Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

GADIS 14 TAHUN DIBUNUH SELEPAS BERHUBUNGAN SEKS

    INDONESIA – Tular kisah tentang kes seorang gadis remaja berusia 14 tahun di mana dia telah mati dibunuh selepas melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki yang dikenalinya melalui sebuah aplikasi laman media sosial.

    Mayat mangsa yang hanya dikenali sebagai EL tersebut dilaporkan ditemui dalam keadaan berlumuran darah di atas kawasan tanah lapang di belakang kompleks perumahan Desa Pandeyan, Grogol, Sukoharjo pada 24 Januari 2023 lepas. Sementara itu, identiti suspek yang berusia 21 tahun pula dikenali sebagai Nanang Trihartanto.

Link Shopee : https://shope.ee/9emq7XdNB3

     Difahamkan kejadian bermula apabila EL bertemu dengan Nanang di sebuah hotel. Mereka berdua sebelum itu dikatakan telah berkenalan menerusi aplikasi sebelum EL bersetuju untuk melakukan hubungan seks dengan kadar bayaran sebanyak 300 000 rupiah (RM85) selama sejam. Mangsa tiba di hotel tersebut selepas dihantar oleh rakannya. Dijadikan cerita, bilik hotel itu penuh. Jadi Nanang seterusnya telah mengajak EL melayani nafsunya di dalam bilik sewanya yang terletak tidak jauh dari hotel tersebut. EL seterusnya membonceng motosikal Nanang menuju ke bilik sewa itu. Sewaktu dalam perjalanan menuju ke lokasi, EL sempat untuk menghantar lokasi semasanya kepada rakan-rakannya yang telah pulang ke rumah.

    Tidak lama kemudian, rakan EL mula berasa bimbang kerana ibu EL mula bertanyakan keberadaan anaknya yang masih tidak lagi pulang ke rumah walau pun hari sudah malam. Pada masa sama, teman lelaki EL gagal untuk menghubungi EL. Jadi dia dan rakan EL pun bersepakat untuk pergi bersama menuju ke lokasi terakhir yang ditujui oleh EL. Setibanya di lokasi, mereka berdua telah dikejutkan dengan berita penemuan mayat EL di kawasan situ.

Link Shopee : https://shope.ee/9p6GK6WTuU

    Pihak polis yang menerima maklumat mengenai kejadian tersebut tidak mengambil masa yang lama untuk mengesan serta menangkap Nanang. Menerusi pengakuan yang dibuat Nanang, dia membunuh EL kerana gadis tersebut telah menolak permintaannya untuk menambah sejam lagi tempoh berhubungan seks. EL terpaksa menolak kerana ingin pulang selain sudah pun kepenatan. Disebabkan berasa tidak berpuas hati, Nanang telah bertindak untuk menusuk dada EL sebanyak 9 tusukan menggunakan alat pemutar skru. Malah leher EL juga ditikam dengan pisau.

    Buat masa sekarang, Nanang masih lagi dalam tahanan pihak polis. Dia bakal berdepan dengan hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan. 

Catat Ulasan for "GADIS 14 TAHUN DIBUNUH SELEPAS BERHUBUNGAN SEKS"