Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH GELAP HILDA NURAFRIANI

    Kisah pembunuhan kejam ini berlaku pada tahun 2019 bertempat di Mataram, Lombok, Indonesia. Tahun itu, Hilda Nurafriani adalah seorang wanita berusia 30 tahun yang tinggal bersama dengan ibu bapanya. Tidak banyak yang diketahui tentang perwatakan atau sejarah hidup Hilda. Namun apa yang dapat dipastikan, dia merupakan seorang bekas jururawat yang mempunyai pendidikan tahap Ijazah Kejururawatan dari sebuah universiti swasta berlokasi di Jakarta.

Link Shopee : https://shope.ee/3pp5Z5mb56

    Diringkaskan cerita, kejadian bermula pada 3 Jun 2019 di mana hari itu Hilda telah bertengkar dengan ibunya di ruang tamu rumah mereka. Difahamkan punca pertengkaran itu adalah disebabkan Hilda meminta ibunya untuk membina gerai jualan minuman berais. Walau bagaimanapun, permintaan tersebut dibantah oleh ibu Hilda kerana dia berasa Hilda lebih layak untuk mencari pekerjaan yang lebih sesuai dengan latar belakang pendidikan anak perempuannya itu. Disebabkan berasa marah kerana permintaannya tidak dituruti, Hilda sempat untuk membaling sebuah botol pewangi ke arah ibunya sebelum memasuki bilik tidur.

    Tidak lama kemudian, muncul bapa Hilda iaitu Muhd. Nurahmad, 64 tahun. Dia sebelum itu telah mengambil air wuduk di dalam bilik mandi dan terus bergegas ke ruang tamu setelah terdengar suara isteri dan anaknya bertengar. Cuma sewaktu Nurahmad menjejakkan kakinya ke ruang tamu tersebut, dia dihalang oleh isterinya daripada memasuki bilik tidur Hilda kerana insiden pertengkaran itu berlaku tanpa sebarang kecederaan tidak diingini. Nurahmad bagaimanapun telah mengetuk pintu bilik tidur Hilda sejurus mendapat tahu Hilda belum lagi mendirikan solat Asar. Niat Nurahmad pada waktu tersebut adalah untuk menyuruh Hilda untuk tidak melengah-lengahkan solat.

Link Shopee : https://shope.ee/5fGjkZ7Zzz

    Apa yang berlaku seterusnya adalah benar-benar mengejutkan. Pintu bilik tidur itu tiba-tiba dibuka oleh Hilda dari dalam. Dia berdiri sambil memegang pisau. Dalam keadaan sekelip mata, Hilda terus menikam bapanya secara bertubi-tubi pada bahagian dada, kepala dan mata. Melihat kejadian ngeri tersebut, ibu Hilda berlari ke luar rumah untuk meminta pertolongan daripada jiran terdekat. Nurahmad juga cuba melarikan diri akan tetapi dia telah jatuh rebah di luar rumah. Menyedihkan, Nurahmad yang dihantar ke hospital telah disahkan meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah. Pada masa sama, penduduk kampung mengepung rumah Hilda bagi memastikan wanita itu tidak dapat melarikan diri.

    Pihak polis yang menerima laporan berkenaan dengan insiden pembunuhan tersebut segera ke lokasi kejadian lalu terus menangkap Hilda. Selepas Hilda ditangkap, ada sesetengah pihak yang mempercayai bahawa Hilda berkemungkinan besar mempunyai masalah mental akan tetapi siasatan serta pemeriksaan terhadap wanita tersebut mendapati dia berada dalam keadaan sedar sewaktu membunuh bapa kandungnya itu. Sesudah penangkapannya juga, Hilda telah menjadi mangsa buli di laman media sosial. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Hilda yang didapati bersalah akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun.

Catat Ulasan for "KISAH GELAP HILDA NURAFRIANI "