Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KES VIRAL PEMBUNUHAN KEJAM ANGGY DIAZ

    Kisah pembunuhan kejam seorang wanita yang baru saja empat bulan bergelar sebagai seorang isteri kin menjadi tular di laman media sosial. Kisah bermula pada petang 11 Januari 2023 lalu apabila pihak polis Waller County, Texas, Amerika Syarikat telah menerima satu panggilan telefon yang memberitahu tentang penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah rumah kecil. Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, mereka segera melakukan pemeriksaan sebelum menemui mayat yang dimaksudkan. Apa yang mengerikan, mayat itu sudah terpisah antara bahagian kepala dan badannya.

Beli di Shopee : https://shope.ee/7UiCcFB8w0

    Mayat wanita tersebut kemudian dikenal pasti sebagai Anggy Diaz, 21 tahun. Sementara itu, individu yang telah menelefon pihak polis untuk memaklumkan mengenai penemuan mayat Anggy tersebut adalah bapa mentua Anggy. Difahamkan suami Anggy yang juga berusia 21 tahun iaitu Jared James Dicus telah membuat pengakuan tentang pembunuhan itu kepada ibu bapanya. Jared dan Anggy baru saja mendirikan rumah tangga selama empat bulan serta pada masa sama pasangan tersebut tinggal di sebuah rumah kecil terletak bersebelahan dengan rumah yang didiami ibu bapa Jared. Anggy dipercayai dibunuh oleh Jared kira-kira lima jam sebelum mayatnya ditemui. Menerusi keterangan awal daripada Jared, dia dan Anggy telah bergaduh pada hari kejadian dengan punca pergaduhan adalah disebabkan isterinya terlampau mesra dengan pelanggan di tempatnya bekerja. Anggy bagaimanapun mempertahankan diri dengan memberitahu bahawa tiada apa yang perlu dicemburukan berkenaan dengan perkara itu sekaligus menimbulkan kemarahan Jared. Seperkara harus diketahui yakni selepas pembunuhan Anggy, Jared sempat singgah ke sebuah kedai runcit untuk membeli bir tanpa membuat sembarang pembayaran.

    Mengenai latar belakang Anggy, dia berasal dari negara Nicaragua dan berhijrah ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan peluang pekerjaan lebih baik supaya dapat menanggung kos rawatan perubatan untuk ibunya yang disahkan mengidap penyakit kanser. Kegigihan Anggy telah membolehkannya bekerja di sebuah kedai perusahaan jualan daging. Malah Anggy juga melakukan beberapa lagi pekerjaan lain untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Dijadikan cerita, Anggy telah mula bertemus serta berkenalan dengan Jared pada bulan Oktober 2022. Tidak sampai sebulan setelah perkenalan tersebut, kedua-dua mereka akhirnya bersetuju untuk berkahwin. Menurut rakan sekerja Anggy, Anggy dikatakan sebagai seorang wanita yang baik, peramah dan begitu disenangi oleh orang di sekelilingnya. Cumanya, perangai Anggy dilihat sedikit berubah menjadi seorang pendiam walau pun pada mulanya dia seakan begitu gembira dengan kehidupan rumah tangganya bersama Jared.

Link Shopee : https://shope.ee/1VQzTK8kJE

    Motif sebenar pembunuhan Jared masih lagi dalam siasatan sepenuhnya oleh pihak polis. Perbicaraan awal kes ini dijadual akan berlangsung pada waktu terdekat. 

Catat Ulasan for "KES VIRAL PEMBUNUHAN KEJAM ANGGY DIAZ"