Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MASUK KAWASAN LARANGAN DI MEXICO, LELAKI DAN TUNANG MATI DIBUNUH

    MEXICO - Seorang lelaki pekerja arkitek yang dilaporkan hilang sebelum ini telah ditemui mati bersama dengan tunang serta dua orang lagi individu lain di dalam sebuah kenderaan. Penemuan mayat semua mangsa itu dibuat di Zacatecas yakni salah satu kawasan larangan untuk pelancong yang memasuki Mexico terutamanya rakyat Amerika Syarikat. Difahamkan lelaki pekerja arkitek tersebut iaitu Jose Gutierrez yang berasal dari Ohio, Amerika Syarikat telah pergi ke Mexico pada minggu perayaan Krismas tahun lepas untuk melawat tunangnya yang dikenali sebagai Daniela Pichardo. Namun pada hari Krismas berkenaan, Jose dan Daniela tiba-tiba saja gagal untuk dihubungi. Begitu juga dengan kakak Daniela serta seorang lagi sepupunya yang turut bersama mereka pada waktu kejadian.

Link Shopee : https://shope.ee/6pSYX9Umod

    Menerusi keterangan daripada ibu Daniela, lokasi terakhir anaknya itu diketahui berada di sekitar Viboras. Pihak berkuasa Mexico sudah pun mendapatkan sampel DNA daripada keluarga mangsa. Pengesahan identiti mayat mangsa juga akan dilakukan pada waktu terdekat. Media melaporkan  terdapat kesan tembakan pada kenderaan yang dinaiki oleh mangsa selain tayar juga didapati telah pancit.

    Bandar Zacatecas disenaraikan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai bandar paling berbahaya untuk dimasuki oleh rakyat mereka disebabkan kadar tinggi kes jenayah penculikan dan keganasan yang didominasi oleh kumpulan kartel di kawasan itu.

Link Shopee : https://shope.ee/AK2PgdAAe9

    Jose dan Daniela dijadualkan akan berkahwin pada tahun ini. Berita kematian Jose telah pun diumumkan oleh pihak majikannya menerusi laman rasmi Facebook mereka.

Catat Ulasan for "MASUK KAWASAN LARANGAN DI MEXICO, LELAKI DAN TUNANG MATI DIBUNUH"