Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM HASAN MUNTOLIP : Hutang Dibayar Nyawa

    Kisah pembunuhan kejam ini dilaporkan berlaku di bandar Mojokerto, Java, Indonesia. Kisah bermula pada pagi 22 November 2022 apabila seorang lelaki pencari rumput telah menemui mayat seorang lelaki dalam satu kawasan semak samun. Lelaki pencari rumput tersebut kemudian segera menelefon pihak polis bagi memaklumkan tentang penemuan mengerikan itu. Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, mereka mendapati mayat lelaki tersebut yang berpakaian lengkap tersebut telah dibalut dengan tikar plastik serta kain tirai. Mayat lelaki itu seterusnya dikenal pasti sebagai Ahmad Hasan Muntolip yang berusia 26 tahun. Hasil laporan bedah siasat, terdapat 15 kesan tusukan pada badan Hasan termasuk di bahagian muka, leher, dada dan perut sekaligus menandakan bahawa dia telah dibunuh.

Link Shopee : https://shope.ee/qBLhDoO01

    Tentang latar belakang Hasan, dia yang juga merupakan anak kedua daripada dua orang-beradik bekerja di sebuah kedai perusahaan menjual tirai. Pada masa sama, Hasan masih berhubung dengan dua orang rakannya sejak dari bangku persekolahan iaitu Muhammad Siro Juddin atau Udin (27 tahun) dan Muhammad Nur Hidayatulloh atau Dayat (25 tahun) yakni pasangan adik-beradik. Di mata keluarganya, Hasan dikatakan sebagai seorang yang pendiam tetapi murah hati. Hasan jarang pulang ke rumah orang tuanya kerana dia tinggal sepenuhnya di kedai tempatnya bekerja itu. Seperkara yang tidak diketahui oleh keluarga Hasan, dia sebenarnya ada meminjam wang daripada Udin dan Dayat sejak dari bulan Mei 2022 bagi menampung keperluan kehidupannya. Jumlah hutang Hasan tersebut hingga mencecah 7 juta mata wang Rupiah yang kira-kira bersamaan dengan RM1990.

Link Shopee : https://shope.ee/3AZGTRH8K0

    Apa yang menyakitkan hati Udin dan adiknya adalah tentang perangai Hasan yang dilihat enggan untuk membayar hutangnya. Malah Hasan juga memberikan pelbagai alasan pada waktu setiap kali hutangnya ditagih oleh Udin dan Dayat. Lebih membuatkan Udin dan Dayat berasa marah, Hasan bukan saja mengelak untuk berjumpa malah telah menyekat nombor telefon mereka daripada menghubunginya. Sampai satu masa, Udin dan Dayat pun tekad untuk membunuh Hasan. Jadi pada sekitar jam 8.25 malam 21 November 2022, teman wanita Dayat bernama Anis Anjarwati atau Anjar yang berusia 23 tahun telah disuruh oleh Dayat untuk bertemu dengan Hasan di kedai kononnya untuk membeli tirai. Menyedari Hasan sedang bersendirian, Anjar pun menghubungi Dayat secara diam-diam seperti yang dipinta.

    Udin dan Dayat pun tiba di kedai tersebut dengan menaiki kereta. Tanpa berlengah, Dayat pun bertindak untuk menikam Hasan secara bertubi-tubi menggunakan besi pencungkil tayar. Salah satu tusukan itu telah menembus kepala Hasan. Setelah pembunuhan dahsyat itu, Udin dan Dayat melarikan beberapa peribadi milik Hasan seperti motosikal dan telefon. Motosikal tersebut telah mereka jual dengan jumlah 3 juta mata wang rupiah (sekitar RM800) manakala telefon pula mendapat wang jualan sebanyak 600 000 mata wang rupiah (RM170). Ketiga-tiga mereka juga sempat membersihkan kesan darah di kedai tirai itu. Sesudah berbuat sedemikian, barulah mayat Hasan dibuang di kawasan semak samun.


Link Shopee : https://shope.ee/AK2PgdAAe9

    Soal tertangkapnya Udin, Dayat dan Anjar, pihak polis melakukan penangkapan tersebut menerusi pemeriksaan pada kamera litar tertutup di sekitar kawasan lokasi kejadian. Pihak polis berjaya mengenal pasti identiti Udin dan Dayat hasil maklumat daripada pemilik kereta yang mereka telah pinjam pada hari kejadian. Selepas ditangkap, Dayat mengaku membunuh Hasan kerana rakannya itu tidak mahu membayar hutang. Perbicaraan kes ini masih lagi berjalan di mana Udin, Dayat dan Anjar bakal berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau hukuman paling lama 20 tahun penjara atas pertuduhan melakukan pembunuhan terancang

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM HASAN MUNTOLIP : Hutang Dibayar Nyawa"