Kes Pembunuhan Kejam Dini Hardiyanti dan Anaknya yang Berusia 4 Tahun

    Baru-baru ini bertempat di Madiun, Jawa Timur, Indonesia, satu kes pembunuhan kejam yang melibatkan mangsa Dini Hardiyanti, 30 tahun serta anak kecilnya yang berusia empat tahun. Pelaku di sebalik kejadian ini ialah Dwi Bagus Martono atau Tono yang berusia 40 tahun.

    Berdasarkan siasatan pihak berkuasa, kejadian ni bermula daripada pertengkaran rumah tangga melibatkan hubungan peribadi Tono. Dia difahamkan mempunyai isteri pertama yang sah. Tentang mangsa, dia bernama Dini Hardiyanti yang merupakan isteri siri (perkahwinan yang tidak berdaftar secara rasmi) kepada Tono. Sebelum kejadian, Tono sepatutnya membawa Dini dan anak mereka keluar bercuti. Walau bagaimanapun rancangan itu terpaksa dibatalkan secara mengejut kerana Tono perlu pulang untuk menjemput isteri pertamanya di stesen kereta api. Perubahan rancangan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan pertengkaran antara Tono dengan Dini.

     Akibat pertengkaran itu, Tono menumpangkan Dini dan anaknya di sebuah hotel bajet yang terletak di Jalan Dr Soetomo, Kota Madiun. Di sinilah detik hitam itu bermula apabila pertengkaran mulut berlarutan menjadi tindakan fizikal yang agresif. Didorong oleh rasa marah yang tidak terkawal, Tono nekad mencekik leher Dini hingga wanita itu menghembuskan nafas terakhir di dalam bilik hotel berkenaan.

     Kekejaman Tono tidak terhenti setakat itu sahaja apabila dia turut mencederakan dan membunuh anak kecil Dini yang berusia empat tahun. Tindakan tidak berperikemanusiaan ini dilakukan dengan kejam di dalam sebuah kenderaan jenis Suzuki Karimun sejurus selepas kejadian pembunuhan ibunya. Berdasarkan keterangan siasatan, Tono nekad menghapuskan nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa itu kerana bimbang mangsa cilik tersebut akan menjadi saksi hidup kepada perbuatan jenayah terancang yang dilakukannya. 

     Bagi menutup jejak jenayah kejam tersebut, Tono merancang satu kaedah pelupusan jasad yang amat mengerikan. Antara tarikh 22 hingga 23 September 2026, Tono bertindak membakar mayat kedua-dua mangsa bagi menghilangkan bukti fizikal. Tidak cukup dengan itu, Tono turut membeli peralatan khusus termasuk mesin pengisar daging serta gergaji untuk memotong dan menghancurkan sisa-sisa tulang mangsa. Rancangan jahat ini bertujuan untuk melupuskan cebisan tubuh badan mangsa dengan lebih mudah supaya semua bukti lenyap tanpa kesan sebelum pihak berkuasa dapat mengesan kegiatan jijik tersebut.


      Kebenaran akhirnya terbongkar hasil risikan teliti dan kecekapan pasukan polis dari Polda Jatim. Pihak polis berjaya menemui petunjuk penting termasuk beberapa serpihan tulang manusia di kawasan kediaman Tono di Kelurahan Winongo, Kota Madiun yang kemudiannya disahkan melalui ujian forensik sebagai milik mangsa. Tono akhirnya dikesan dan ditahan di tempat persembunyiannya di Desa Mejoyolosari, Kabupaten Jombang tanpa sempat melarikan diri lebih jauh. Berikutan penangkapan tersebut, Tono kini berdepan dengan tuduhan di bawah peruntukan undang-undang jenayah berat dan perlindungan anak yang membawa padah hukuman mati atau penjara seumur hidup atas perbuatan keji yang telah dilakukannya.

Catat Ulasan for "Kes Pembunuhan Kejam Dini Hardiyanti dan Anaknya yang Berusia 4 Tahun"