Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM JULLEBEE RANARA

    Kisah pembunuhan kejam ini dilaporkan berlaku pada sekitar bulan Januari 2023 bertempat di negara Kuwait di mana seorang wanita rakyat Filipina yang bekerja sebagai pembantu rumah telah mati akibat dibunuh dengan begitu kejam oleh anak majikannya. Lagi dahsyat, mayat wanita yang berusia 34 tahun itu dibakar terlebih dahulu sebelum ditanam di kawasan padang pasir. Wanita tersebut juga dipercayai telah menjadi mangsa rogol sepanjang tempoh dia bekerja di rumah majikannya itu.

Link Shopee : https://shope.ee/6AFQRVmzvx

    Hingga pada hari ini, masih tidak jelas dengan perkembangan tentang kes pembunuhan wanita yang dikenal sebagai Jullebee Ranara ini. Begitu juga dengan kronologi kes. Namun setakat maklumat yang diketahui melalui sumber media di internet, Jullebee mempunyai empat orang anak. Bagi memastikan keadaan ekonomi keluarganya stabil, maka Jullebee pun berhijrah ke Kuwait iaitu pada tahun 2022 dengan dia terpaksa meninggalkan keempat-empat orang anaknya itu. Perkara paling menyedihkan yakni pada tarikh 21 Januari 2023, mayat Jullebee telah ditemui dalam keadaan yang begitu sadis di satu kawasan padang pasir. Difahamkan sebelum penemuan mayat Jullebee dibuat, wanita tersebut didakwa sempat menelefon keluarganya di Filipina untuk memberitahu tentang dirinya semakin takut dengan anak lelaki majikannya yang berusia 17 tahun.

    Hasil laporan bedah siasat mendapati Jullebee sedang hamil selain terdapat kesan retak pada tengkorak kepala serta mengalami kecederaan otak. Mayat Jullebee telah dihantar pulang ke Filipina pada 27 Januari. Mayatnya kemudian dikebumikan pada 9 hari berikutnya. Mengenai suspek, identitinya telah dikenal pasti sebagai tidak lain tidak bukan anak lelaki kepada majikan Jullebee. Wajah serta namanya bagaimanapun tidak didedahkan kepada pihak umum. Suspek juga dikatakan sebagai bapa kepada anak yang sedang dikandung Jullebee. Pihak polis berjaya menangkap suspek tersebut tidak kurang 24 jam selepas mayat Jullebee ditemui. Keluarga suspek turut menawarkan sejumlah wang tunai serta lain-lain lagi rundingan yang membawa kepada penyelesaian kes. Walau bagaimanapun, tawaran itu telah ditolak mentah-mentah oleh keluarga Jullebee.

Link Shopee : https://shope.ee/503T3eWy9D

    Sejak dari tahun 2018, sebanyak empat kes pembunuhan kejam pembantu rumah warga Filipina telah berlaku di Kuwait. Ini termasuklah kes kematian Joanna Demafelis. Mayat wanita berusia 29 tahun itu ditemui dalam peti sejuk beku di sebuah pangsapuri kosong setelah hampir dua tahun dia dilaporkan hilang. 

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM JULLEBEE RANARA "