Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

VIDEO NGERI KUCING DIKISAR HIDUP-HIDUP BANGKITKAN KEMARAHAN PENGGUNA LAMAN MEDIA SOSIAL

Gambar sekadar hiasan

    Sejak kebelakangan ini, tular satu video ngeri di laman media sosial di mana seekor kucing telah dikisar secara hidup-hidup hingga mati menggunakan pengisar. Kejadian berlaku di negara China. Menerusi video yang berdurasi sekitar 1 minit tersebut, perbuatan tidak berkeperimanusiaan itu dilakukan oleh seorang lelaki dewasa. Video tersebut ternyata telah mencetuskan kemarahan pengguna laman media sosial di seluruh dunia terutama dalam kalangan pencinta haiwan.

Link Shopee : https://shope.ee/2VMDehE9QG

    Setakat yang diketahui hingga setakat ini, video kematian ngeri kucing itu pertama kali dimuat naik oleh seorang lelaki pengguna laman media sosial berusia 29 tahun yang dikenali sebagai Xu Zhihui dengan nama akaun "Jack Spicy Strip" pada 15 April 2023 lalu. Difahamkan Xu Zhihui yang juga merupakan seorang Vlogger makanan kerap memuat naik video ngeri sedemikian bagi membolehkannya menjana pendapatan serta pada masa sama meraih publisiti. Selain itu, Xu Zhihui juga dikatakan sebagai seorang anggota kumpulan pendera kucing.

Link Shopee : https://shope.ee/5pcfct8ETI

    Selepas video kucing yang Xu Zhihui tersebut menjadi tular, dia telah dikecam dengan begitu teruk sekali oleh pengguna laman media sosial. Akibat kecaman itu, Xu Zhihui yang berasal dari wilayah Anhui memohon maaf melalui hantaran laman media sosial dengan menyatakan bahawa dia begitu menyesali perbuatan tidak bermoral tersebut. Permohonan maaf Xu Zhihui tersebut bagaimanapun sukar untuk diterima oleh ramai pihak. Susulan video kucing itu, kontrak Xu Zhihui bersama dengan beberapa penaja kini juga dikhabarkan sudah pun ditamatkan dengan serta-merta. Beberapa sumber media melaporkan pihak polis telah pun menangkap Xu Zhihui untuk siasatan lanjut.

Catat Ulasan for "VIDEO NGERI KUCING DIKISAR HIDUP-HIDUP BANGKITKAN KEMARAHAN PENGGUNA LAMAN MEDIA SOSIAL "