Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM DI RUPPERSWILL

    Pada 21 Disember Disember tahun 2015, satu pembunuhan kejam telah berlaku di sebuah rumah yang terletak di Rupperswil, Switzerland. Dalam kes pembunuhan dahsyat ini, seramai empat orang di dalam rumah itu mati dibunuh dengan begitu kejam oleh seorang lelaki yang digelar sebagai ‘The Beast of Rupperswil’.

    Identiti mangsa-mangsa yang dibunuh adalah Carla Schauer-Freiburghaus (48 tahun) dan dua orang lelakinya iaitu Dion (19 tahun) dan Davin (13 tahun). Seorang lagi mangsa pula merupakan teman wanita kepada Dion iaitu Simona Fas yang berusia 21 tahun. Mengenai ‘The Beast of Rupperswil’ dia hanya dikenali sebagai Thomas N. Tidak banyak yang diketahui tentang Thomas. Namun apa yang dapat dipastikan, dia yang berusia 34 tahun pada waktu kejadian tersebut bekerja sebagai seorang jurulatih bola sepak. Thomas yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah tinggal bersama dengan ibunya.

    Difahamkan pada waktu kejadian, suami Carla tiada berada di rumah kerana keluar bekerja. Kesempatan itu diambil oleh Thomas yang sememangnya sudah lama menghendap keluarga Carla dengan menjadikan Davin sebagai sasaran utamanya. Entah apa yang bermain dalam fikiran Thomas hingga dia begitu berminat dengan remaja tersebut.

    Sampai di depan pintu rumah Carla, Thomas menekan loceng. Dia menggalas beg yang berisi pisau dapur, gari, pita, sarung tangan, penutup mulut dan patung seks. Selepas pintu rumah itu dibuka sendiri oleh Carla, Thomas pun memperkenalkan dirinya sebagai guru psikologi di sekolah Davin. Thomas memaklumkan tujuan kedatangannya pada waktu tersebut adalah bagi membincangkan kelakuan buli Davin yang semakin menjadi-jadi di sekolah. Maka Carla pun membenarkan Thomas untuk memasuki rumahnya. Siapa sangka itu adalah kesilapan besar yang mungkin pernah Carla lakukan.

    Masuk saja ke dalam rumah itu, Thomas telah mengacu pisau kepada Carla yang kemudian dipaksa untuk mengikat Dion dan Simona. Selesai Carla berbuat sedemikian, dia disuruh pula keluar dari rumah untuk mengeluarkan wang simpanannya dari bank. Carla terpaksa akur serta pada masa sama tidak berani membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan anak-anaknya. Pada mulanya, Carla beranggapan bahawa mereka sekeluarga akan dilepaskan sebaik saja wang yang sudah dikeluarkannya itu diserahkan kepada Thomas. Malangnya, perkara tersebut meleset sama sekali kerana kali ini Carla turut diikat sekali. Lagi sadis, Thomas telah meliwat Davin benar-benar di depan mata Carla.

    Selepas puas melepaskan lempias nafsunya, Thomas telah bertindak mengelar leher Carla, Dion, Davin dan Simona. Sesudah membunuh, Thomas membakar rumah Carla sebelum melarikan diri. Pihak bomba yang menerima laporan kebakaran seterusnya tiba di lokasi kejadian. Mayat keempat-empat mangsa ditemui di dalam keadaan rentung. Petang selepas waktu kejadian, Thomas bukan saja sempat lagi untuk pergi berjudi bahkan telah membeli hadiah sempena hari jadi ibunya dengan menggunakan wang yang dirompak daripada Carla.

    Lima bulan berikutnya barulah Thomas dapat ditangkap oleh pihak polis. Tidak jelas bagaimana pihak berkuasa menangkap Thomas akan tetapi apa yang dapat dipastikan yakni sewaktu penangkapannya dibuat, dia didapati sedang menyasarkan dua lagi keluarga untuk dibunuh. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Thomas yang didapati bersalah telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. 

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM DI RUPPERSWILL"