Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SHUTTER, FILEM PALING SERAM THAILAND

    Pernah menonton filem seram Thailand lakonan Ananda Everingham, Thongmee, Achita Sikamana dan Natthaweeranuch yang berjudul Shutter (2004)? Jika belum, silakan menonton sekarang kerana filem tersebut adalah paling seram yang pernah dihasilkan oleh negara gajah putih itu. Filem arahan Banjong Pisanthanakun dan Parkpoom Wongpoom ini sememangnya membuatkan penonton tidak duduk dengan senang.

    Filem Shutter mengisahkan tentang perkara misteri serta keanehan yang berlaku selepas sepasang kekasih iaitu Tun dan Jane terlibat dalam satu kemalangan kereta di mana seorang wanita telah menjadi mangsa langgar. Kemalangan tersebut berlaku pasangan terbabut dalam perjalanan pulang ke rumah setelah menghadiri satu majlis parti. Dek kerana rasa takut dan panik, Jane dan Tun telah beredar begitu saja dari lokasi kejadian.

    Bermula dengan kemunculan bayangan wanita misteri menyeramkan di dalam foto kamera yang diambil Tun, Jane mula mengesyaki bahawa mereka sedang diganggu oleh hantu wanita yang mereka telah langgar pada waktu sebelumnya.  Selain itu, Tun juga mula mengalami gejala sakit leher. Hinggalah satu ketika, Jane mendapat tahu tentang satu rahsia yang benar-benar mengejutkannya. Maka bermulalah konflik yang sebenar.

    Shutter mempunyai empat versi remake iaitu Photo (versi Telugu, 2006), Sivi (versi Tamil, 2007), Shutter (versi Hollywood, 2008) dan Click (versi Hindi, 2010). Tonton salah satu adegan seram Shutter di sini : https://youtu.be/v7Y0te2NeHI?si=5deNio7DzXzAPsEv

Catat Ulasan for "SHUTTER, FILEM PALING SERAM THAILAND"