Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 FAKTA FILEM KUCH KUCH HOTA HAI (1998)

    1. Kuch-Kuch Hota Hai dilabel sebagai filem paling romantik dalam sejarah industri perfileman Bollywood.

    2. Umur Rani Mukherjee ketika membintangi filem Kuch-Kuch Hota Hai ini adalah 19 tahun.

    3. Kajol sebenarnya ada mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran babak lagu ‘Yeh Ladka Hai Deewana’ akibat terjatuh dari basikal hingga menyebabkannya hilang ingatan untuk seketika. Satu-satunya individu yang dia mampu ingati selepas tersedar dari pengsannya adalah teman lelakinya pada waktu itu iaitu Ajay Devgan.

    4. Watak Aman Mehra yang dilakonkan Salman Khan pada mulanya ditawarkan Karan Johar kepada Saif Ali Khan akan tetapi ditolak oleh aktor tersebut. Selepas penolakan daripada Saif Ali Khan itu, Salman Khan muncul untuk menawarkan dirinya sendiri bagi memegang watak sebagai Aman Mehra. Seperkara harus diketahui iaitu semasa kemunculan awal Salman Khan menerusi babak lagu Saajanji Ghar Aaye, seluruh penonton yang menonton filem Kuch-Kuch Hota Hai di pawagam India telah bersorak kegembiraan. Ini kerana status Salman Khan sebagai salah seorang pelakon Kuch-Kuch Hota Hai dirahsiakan daripada umum pada waktu sebelum tayangan filem ini.  

    5. Pada mulanya, Karan Johar  menawarkan watak Tina kepada Twinkle Khanna. Sama seperti Saif Ali Khan, aktres berkenaan telah menolak tawaran tersebut. Malah nama watak Tina yang dipegang Rani Mukherjee ini adalah sempena nama sebenar Twinkle Khanna iaitu  Tina Jatin Khanna.

    6. Shah Rukh Khan dan Kajol menggunakan trampolin untuk melakukan lompatan dalam babak bermain bola keranjang.

    7. Idea kematian Tina adalah idea daripada Kajol.

    8. Karan Johar telah menangis semasa babak pertemuan semula antara Rahul dan Anjali di kem musim panas. 

    9. Sewaktu penggambaran filem Kuch-Kuch Hota Hai, Gauri Khan yakni isteri Shah Rukh Khan pada waktu tersebut sedang mengandungkan anak pertama mereka iaitu Aryan Khan. Shah Rukh Khan memberikan ucapan penghargaan kepada Gauri atas sokongan penuh yang diberikan isterinya itu kepadanya dalam menjayakan filem Kuch-Kuch Hota Hai.

    10. Karan Johar merupakan pembantu pengarah untuk filem Dilwale Dulhania Le Jayenge. Dia telah berjanji kepada Shah Rukh Khan dan Kajol akan memegang watak utama dalam filem pertama arahannya.

Catat Ulasan for "10 FAKTA FILEM KUCH KUCH HOTA HAI (1998)"