Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA 71 TAHUN HAMPIR BUNUH SUAMI KERANA CEMBURU

    AMERIKA SYARIKAT - Seorang wanita warga emas berusia 71 tahun telah ditangkap oleh pihak polis selepas dilaporkan menggigit, mencederakan dan menekup suaminya hingga hampir mati pada 28 Januari 2024. Wanita yang dikenali sebagai Bertha Yalter itu bertindak sedemikian setelah dia mendapat tahu tentang suaminya iaitu Memo Yalter telah menerima satu poskad daripada bekas teman wanitanya pada zaman mudanya. Isi kandungan poskad itu bagaimanapun tidak didedahkan kepada umum.

    Difahamkan Memo menjalinkan hubungan dengan wanita tersebut sewaktu dia berusia dalam belasan tahun. Berdasarkan laporan daripada media tempatan menyebut bahawa Bertha yang cemburu telah menyerang Memo hingga suaminya itu mengalami beberapa kecederaan seperti kesan luka dan lebam yang teruk. Semasa kejadian berlaku, Memo yang ditekup mukanya dengan bantal tidak dapat untuk meminta pertolongan kerana telefonnya dirampas oleh Bertha. Namun mujur sajalah Memo sebelum itu sempat untuk merakam beberapa detik waktu kejadian untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Memo memberitahu pihak polis bahawa Bertha memang benar-benar cuba untuk membunuhnya.

    Bertha telah membuat pengakuan tentang insiden tersebut hasil soal siasat yang pihak polis jalankan ke atasnya. Wanita tersebut kini berdepan dengan pertuduhan melakukan cubaan membunuh peringkat kedua, mendatangkan kecederaan yang serius terhadap orang tua dan mengganggu saksi atau mangsa. Buat masa sekarang, Bertha tidak dibenarkan sama sekali untuk berhubung dengan suaminya itu.

Catat Ulasan for "WANITA 71 TAHUN HAMPIR BUNUH SUAMI KERANA CEMBURU"