Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI PUKUL WANITA KERANA DIGELAR "ALIEN" DITANGKAP

     INDONESIA - Baru-baru ini, tular di laman media sosial satu rakaman video seorang wanita di mana dia bukan saja dipukul pada bahagian kepala malah mukanya turut diludah oleh seorang lelaki di dalam sebuah restoran makanan segera yang berlokasi di Kota Kendari, Sulawesi Tenggara. Terkini, portal berita Indonesia melaporkan bahawa pihak polis sudah pun menangkap lelaki itu. 

    Menerusi kenyataan rasmi daripada pihak polis, penangkapan terhadap lelaki berusia 29 tahun dengan gelaran nama FHT itu dibuat susulan laporan yang dibuat oleh mangsa yang hanya dikenali sebagai IS, 28 tahun.

    Dalam video yang berdurasi sekitar 26 saat tersebut, IS sedang membuat rakaman video untuk dirinya sendiri dengan duduk membelakangi FHT. IS kemudian menoleh ke belakang iaitu ke arah FHT sambil berkata, "Kayaknya ada alien yang datang di sini,". 

    Mendengar dirinya disamakan seperti alien, FHT berasa sakit hati lalu terus pergi memukul dan meludah IS sebelum dia beredar pergi dari restoran itu. Jika disabitkan kesalahan, FHT bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 2 tahun 8 bulan.

Catat Ulasan for "LELAKI PUKUL WANITA KERANA DIGELAR "ALIEN" DITANGKAP"