WANITA CABUL ANAK TIRI

Seorang jururawat wanita berusia 35 tahun di Florida, Amerika Syarikat didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap anak tirinya yang masih di bawah umur. Von Yates yang berasal dari Ocala, Florida, sebelum ini berkhidmat sebagai jururawat berdaftar dan tinggal bersama suaminya serta anak-anak mereka termasuk seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga merupakan anak tirinya. Namun pada Julai 2024, satu kejadian tidak bermoral telah berlaku di kediaman mereka yang akhirnya membawa kepada penyiasatan pihak berkuasa dan pertuduhan jenayah yang berat.
Segala-galanya terbongkar apabila suami Von Yates pulang ke rumah secara mengejut dan menemui satu situasi yang tidak dijangka. Dia mendapati isterinya berada dalam keadaan tidak berpakaian di bawah selimut sementara anak lelakinya melarikan diri dan mengurung diri dalam bilik air. Kejadian tersebut terus mencetuskan rasa curiga dan akhirnya membawa kepada pendedahan remaja berkenaan tentang perbuatan tidak bermoral yang telah dilakukan oleh ibu tirinya. Remaja itu memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa Von Yates telah mula membuat jenaka dan komen berbaur seksual terhadapnya beberapa hari sebelum kejadian. Menurutnya lagi, wanita itu sering menyatakan bahawa dia bernafsu kerana sudah dua minggu tidak bersama suaminya. Pendedahan itu membuktikan bahawa perbuatan Von Yates bukan berlaku secara spontan sebaliknya telah dirancang secara halus melalui bentuk manipulasi psikologi dan gangguan seksual secara lisan terlebih dahulu.
Malam kejadian tersebut yakni setelah menidurkan dua anak kandungnya yang masih kecil, Von Yates duduk bersama anak tirinya untuk menonton filem seram. Situasi itu yang pada awalnya kelihatan seperti aktiviti kekeluargaan biasa akhirnya menjadi detik permulaan kepada perbuatan keji yang berlaku antara mereka. Remaja tersebut menceritakan bahawa Von Yates mengambil inisiatif untuk mendekatinya secara seksual hingga akhirnya berlaku hubungan intim. Namun apa yang lebih mengejutkan ialah tindakan Von Yates selepas kejadian itu. Dalam beberapa mesej dan perbualan yang diperolehi oleh pihak berkuasa, wanita itu bukan sahaja tidak menunjukkan rasa bersalah malah menyatakan keinginannya untuk meneruskan hubungan tersebut sekiranya mereka tidak tertangkap. Dia turut memuji prestasi seksual anak tirinya dan dalam masa yang sama, menyalahkan remaja itu dengan menggelarnya “manipulator utama” seolah-olah cuba menukar peranannya daripada pemangsa kepada mangsa.

Pihak berkuasa mula menjalankan siasatan serius selepas seorang ahli keluarga membuat laporan mengenai kejadian tersebut pada November 2024. Hasil siasatan membawa kepada penahanan Von Yates yang kemudiannya didakwa dengan kesalahan serangan seksual terhadap individu berumur antara 12 hingga 18 tahun oleh penjaga keluarga.
Dalam sesi mahkamah pada Disember 2024, Von Yates mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Akibat daripada pendedahan kes ini, reputasi profesionalnya turut terjejas apabila Jabatan Kesihatan Florida menggantung lesen kejururawatannya pada April 2025. Jabatan tersebut menyatakan bahawa tindakan Von Yates jelas menunjukkan kekurangan pertimbangan moral dan etika yang sangat diperlukan dalam bidang perubatan khususnya kejururawatan yang melibatkan penjagaan dan perlindungan terhadap individu yang lemah dan terdedah. Sehingga kini, kes Alexis Von Yates masih dalam proses perundangan dan wanita itu sedang menunggu tarikh perbicaraan jenayah.
Catat Ulasan for "WANITA CABUL ANAK TIRI"