Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sudden Fantasy, Lelaki yang Tular Kerana Jadi Biawak Hidup

.    Seorang lelaki China yang menggunakan nama dalam talian Sudden Fantasy pernah menjadi tular di media sosial selepas berkongsi kisah hidupnya sebagai seorang lelaki yang disara sepenuhnya oleh isterinya di Jepun. 

     Menurut laporan portal South China Morning Post (SCMP), lelaki tersebut berasal dari Beijing, China dan telah menetap di Jepun selama lebih lapan tahun. Dia mula mendapat perhatian umum apabila secara terbuka menceritakan kehidupannya sebagai seorang kept man yakni istilah yang merujuk kepada lelaki yang disara secara kewangan oleh pasangan wanitanya. Dalam kes ini, isterinya, seorang wanita Jepun yang dikenali sebagai Fenghua berasal daripada keluarga berada dan memiliki latar belakang pendidikan serta kerjaya stabil.

     Melalui video-video yang dimuat naik di platform Douyin (versi China bagi TikTok), Sudden Fantasy sering berkongsi rutinnya menjalani kehidupan domestik sepenuh masa di Jepun. Dia dilihat memasak, bermain permainan video, mengemas rumah, membeli-belah barangan dapur dan menemani isterinya keluar bekerja. Jelas lelaki ini lagi, isterinya memberi kira-kira ¥260 000 (sekitar RM8000) sebulan untuk keperluan hariannya. Dalam beberapa video, Sudden Fantasy turut menyatakan rasa bangga dengan gaya hidup yang dianggapnya tenang dan bebas tekanan kerana tidak perlu bekerja di bawah tekanan sosial untuk menjadi penyara utama keluarga. 

     Kandungan video sedemikian dengan cepat mencetuskan sensasi besar di media sosial China. Dalam tempoh sebulan, akaun miliknya memperoleh lebih 1 juta pengikut sekali gus menjadikan Sudden Fantasy antara personaliti internet paling pantas meningkat naik pada 2024. Walau bagaimanapun, popularitinya tidak datang tanpa kritikan. Ramai pengguna media sosial khususnya lelaki di China menuduhnya malu sebagai lelakibkerana hidup menumpang kesenangan wanita. Namun sebilangan besar pula mempertahankannya dengan alasan bahawa setiap pasangan mempunyai cara tersendiri dalam membahagikan tanggungjawab dan bahawa peranan tradisional jantina semakin berubah dalam dunia moden.

     Laporan dari VN Express dan Oddity Central turut menjelaskan bahawa isteri Sudden Fantasy, Fenghua tidak hanya menyokong kehidupan suaminya. Dia bahkan menjadi tulang belakang utama kewangan mereka. Pasangan itu tinggal di sebuah apartmen di Jepun dan dilaporkan menjalani kehidupan sederhana tetapi stabil. Lelaki berkenaan turut mengakui bahawa pada awalnya dia berasa canggung dengan keadaan tersebut. Namun lama-kelamaan menerima bahawa isterinya lebih berjaya dalam kerjaya manakala dia lebih gemar mengurus rumah tangga.

Catat Ulasan for "Sudden Fantasy, Lelaki yang Tular Kerana Jadi Biawak Hidup"