Kisah Marion Stokes: Wanita Yang Merakam Televisyen Selama 35 Tahun Tanpa Henti

Marion Stokes merupakan seorang wanita Amerika Syarikat yang dikenali sebagai pengumpul dan pengarkib media televisyen paling obsesif dalam sejarah moden. Walaupun namanya tidak terkenal sewaktu hayatnya, usaha gigihnya selama lebih tiga dekad kini dianggap sebagai salah satu projek pemeliharaan media paling penting dalam dunia penyiaran.
Marion dilahirkan pada tahun 1929 di Philadelphia, Amerika Syarikat. Dia pernah bekerja sebagai pustakawan, pekerja sosial serta aktivis politik yang lantang. Pada tahun 1960-an, Marion muncul dalam rancangan televisyen tempatan sebagai panel di mana minatnya terhadap media massa semakin mendalam. Penglibatan Marion dalam aktivisme serta politik menjadikannya peka terhadap manipulasi media, penyebaran maklumat dan bagaimana berita mempengaruhi cara masyarakat berfikir.

Usaha merakam rancangan televisyen bermula pada 8 November 1979 iaitu hari krisis tebusan Kedutaan Amerika di Iran semakin memuncak. Marion berasa bahawa liputan media pada hari itu menunjukkan bagaimana naratif boleh berubah mengikut masa dan sudut pandang. Bermula dari situlah muncul keinginannya untuk menangkap sejarah secara tepat, tanpa penapisan atau pengubahsuaian. Dia percaya bahawa televisyen merupakan sumber dokumentasi paling penting pada zaman moden dan merakamnya adalah satu cara untuk memastikan maklumat tidak hilang atau dimanipulasi.
Sejak tahun 1979 hingga kematiannya pada 2012, Marion rancangan merakam televisyen 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Rakaman dilakukan menggunakan berpuluh-puluh mesin VHS dan kemudian DVD. Pada waktu itu, tiada organisasi rasmi yang menjalankan usaha serupa yakni tidak ada stesen TV yang menyimpan liputan harian mereka secara lengkap. Marion melakukannya seorang diri. Dia merakam berita, program CNN, perbincangan politik, dokumentari dan iklan komersial yang dianggap penting sebagai rekod budaya
Rakaman ini berjalan serentak. Marion menggunakan beberapa televisyen dan pemain VHS dalam rumahnya. Apabila rakaman penuh, dia menukarnya dengan kaset baharu tanpa gagal walaupun ketika tidur, makan atau keluar rumah. Suami dan anak-anak turut membantu menukar kaset mengikut jadual.

Pengumpulan ini menjadikan rumah Marion dipenuhi dengan ribuan kaset VHS. Sebuah bilik tidak mencukupi. Setiap ruang kosong di apartmen dan beberapa unit hartanah lain digunakan untuk menyimpan pita-pita tersebut. Marion juga mengumpul surat khabar, majalah, buku dan komputer lama. Dia percaya bahawa sejarah perlu dipelihara dalam bentuk asal. Walaupun obsesinya kadangkala sukar difahami, keluarganya tetap menghormati usahanya kerana Marion melihat dirinya sebagai penjaga rekod masa depan.
Marion meninggal dunia pada 14 Disember 2012 pada usia 83 tahun. Selepas dia meninggal, keluarganya mendapati jumlah sebenar rakaman yang disimpan ialah lebih 70 000 kaset VHS dan pita Betamax, merangkumi lebih 35 tahun rakaman televisyen tanpa henti. Koleksi itu begitu besar dan berat sehingga memerlukan beberapa lori untuk mengangkut semuanya.
Pada 2013, keluarga Marion mendermakan keseluruhan arkib kepada Internet Archive, organisasi yang terkenal dengan usaha digitalisasi maklumat dunia. Projek menukar VHS kepada fail digital mengambil masa bertahun-tahun kerana jumlahnya begitu besar. Walaupun Marion menjalani kehidupan yang sangat peribadi dan kadangkala dilihat aneh atau ekstrem, usaha Dia hanya dihargai sepenuhnya selepas kematiannya. Marion telah merakam sejarah televisyen Amerika lebih lama daripada mana-mana organisasi penyiaran.
Catat Ulasan for "Kisah Marion Stokes: Wanita Yang Merakam Televisyen Selama 35 Tahun Tanpa Henti"