Kisah Momoka Tojo : Hukuman Setahun Swafoto Selepas Gambar Bersama Teman Lelaki Tersebar

Momoka Tojo adalah seorang ahli kumpulan idol wanita Jepun iaitu KATACOTO*BANK, sebuah kumpulan yang diasaskan di Tokyo pada tahun 2021. Pada Julai 2024, Momoka yang ketika itu baru sahaja menyambut ulang tahun ke-20 menjadi tumpuan ramai apabila dia memuat naik gambar di media sosial sempena sambutan hari lahirnya. Dalam gambar tersebut, Momoka dilihat bersama seorang lelaki yang kemudian disahkan sebagai teman lelakinya yang bukan dari kalangan selebriti. Walaupun gambar itu segera dipadam, ia telah tersebar dengan pantas dan mendapat perhatian meluas daripada peminat serta pihak pengurusan kumpulan. Kejadian ini menimbulkan kontroversi kerana dalam industri idol Jepun, ahli-ahli idol diharapkan mengekalkan imej yang tersedia atau bebas daripada komitmen romantik yang boleh menjejaskan fantasi peminat dan nilai komersial mereka.

Pihak pengurusan KATACOTO*BANK menganggap tindakan Momoka sebagai satu kesalahan serius. Mereka mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan bahawa memuat naik gambar bersama teman lelaki menunjukkan kekurangan kesedaran terhadap tanggungjawab seorang idol. Sebagai tindakan pembetulan, pengurusan menetapkan bahawa Momoka perlu menunaikan dua syarat. Pertama, dia diminta untuk menjaga jarak tertentu daripada teman lelakinya bagi memastikan imejnya sebagai seorang idol tidak terjejas. Kedua , dia diarahkan untuk memuat naik satu gambar secara solo pada setiap malam sebelum tidur selama tempoh satu tahun penuh. Gambar tersebut mesti menunjukkan Momoka seorang sahaja tanpa kehadiran teman lelaki atau mana-mana individu lain bagi menegaskan imejnya sebagai seorang idol yang berdiri sendiri di sisi peminat.
Momoka menerima hukuman itu dengan penuh kesedaran dan memohon maaf secara terbuka melalui media sosial. Dalam surat tulisan tangan yang dia niat naik, Momoka nenyatakan rasa kesal kerana tindakannya telah menimbulkan tekanan kepada peminat dan pihak pengurusan. Dia mengakui bahawa sebagai seorang idol, dirinya kurang kesedaran terhadap tanggungjawabnya dan berjanji untuk memperbaiki diri serta memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang. Sepanjang tempoh satu tahun itu, Momoka konsisten memuat naik gambar malam secara solo, menunjukkan dedikasi dan komitmennya dalam menunaikan syarat yang dikenakan. Walaupun hukuman itu dilihat agak berat dan menuntut disiplin harian yang tinggi, Momoka menunaikannya dengan penuh tekad.

Pada Julai 2025, tempoh hukuman tersebut tamat. Walaupun beberapa laporan menyebut bahawa Momoka telah mengumumkan keluar daripada KATACOTO*BANK sekitar Mei 2025, dia tetap menunaikan rutin swafoto malam sehingga tarikh akhir hukuman. Dalam posting terakhirnya, Momoka sekali lagi memohon maaf dan menyatakan bahawa pengalaman tersebut telah memberinya pengajaran yang besar tentang tanggungjawab, disiplin dan imej seorang idol.
Catat Ulasan for "Kisah Momoka Tojo : Hukuman Setahun Swafoto Selepas Gambar Bersama Teman Lelaki Tersebar"