Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

NGERI...! KES VIETNAMESE BUTCHER!

     Istilah Vietnamese Butcher mula muncul sekitar pertengahan tahun 2025 dalam komuniti dalam talian dan ruang underground. Istilah ini merujuk kepada satu video ngeri yang dikatakan menayangkan pembunuhan sebenar serta perlakuan ekstrem terhadap tubuh manusia selepas mati.

     Menurut laporan daripada beberapa media dan penyiasat dalam talian, video tersebut dikatakan diedarkan melalui saluran gelap seperti Dark Web dan kumpulan Telegram dalam bentuk pakej yang mengandungi video beserta gambar dan ditawarkan secara komersial. Situasi ini menyebabkan ramai pihak menyifatkannya sebagai calon pertama snuff film nyata iaitu filem yang memaparkan pembunuhan sebenar dengan tujuan komersial.

     Menurut maklumat yang tersebar luas, mangsa dikenali sebagai Nguyen Xuan Dat, seorang lelaki warganegara Vietnam, lahir pada tahun 1989, berasal dari daerah Hung Yen. Suspek pula ialah Doan Van Sang yakni seorang bekas pegawai atau ahli pasukan pengurusan pasar di provinsi Lang Son yang lahir pada tahun 1968.


     Laporan rasmi polis di Lang Son menyatakan bahawa Sang ditahan sementara pada awal Disember 2025 atas tuduhan pembunuhan susulan siasatan berhubung video dan maklumat yang tersebar di internet. Polis mendakwa bahawa pada 25 Januari 2025, beberapa hari sebelum perayaan Tet, mangsa telah dipanggil ke pejabat pasukan pengurusan pasar di mana Sang bekerja. Di situ, berlakunya pembunuhan diikuti dengan usaha suspek untuk memusnahkan bukti, melupuskan badan dan menyembunyikan jejak jenayah.

     Menurut versi yang disebarkan oleh media alternatif dan komuniti dalam talian, video itu menunjukkan mangsa seolah-olah bersetuju untuk dibunuh yang dikaitkan dengan fetish ekstrem. Adegan dalam video digambarkan sangat ngeri termasuk pemotongan kepala dengan parang, pengulitan, pemotongan badan serta penataan mayat. Terdapat juga dakwaan yang menyebut imej otot, organ dan daging yang disajikan seperti makanan. 


     Walau bagaimanapun, tidak semua pihak mempercayai video tersebut benar-benar sahih atau memaparkan kejadian sebenar. Beberapa pemerhati dan sebahagian komuniti dalam talian berpendapat video itu mungkin direka atau disunting secara meluas kerana terdapat aspek yang dianggap teater atau sintetik. Sebagai contoh, perlakuan pembunuhan dan pelupusan yang sistematik serta dokumentasi visual lengkap dilihat lebih menyerupai filem fiksyen atau hasil penyuntingan berbanding pembunuhan sebenar. 

      Namun pada 3 Disember 2025, polis di daerah Lang Son mengumumkan penahanan Doan Van Sang atas tuduhan pembunuhan berdasarkan penyiasatan video dan maklumat yang tular. Tuduhan rasmi ialah Sang telah membunuh Nguyen Xuan Dat, melupuskan mayat dan cuba menyembunyikan bukti. Polis dan media rasmi bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang salinan video atau imej ngeri kepada umum. Tidak terdapat pengesahan bebas melalui forensik awam, siaran foto mayat atau laporan bedah siasat rasmi untuk membuktikan bahawa video tular adalah benar atau bahawa adegan pelupusan serta dakwaan kanibalisme benar-benar berlaku. Susulan itu, video yang tular masih dikategorikan sebagai kontroversi tetapi belum disahkan secara rasmi.

Catat Ulasan for "NGERI...! KES VIETNAMESE BUTCHER! "