Dianggap Sebagai Salah Satu Filem Seram Terbaik Asia, Ini Fakta yang Perlu Anda Tahun Tentang Filem The Wailing

     The Wailing (2016) ialah sebuah filem seram misteri dari Korea Selatan arahan Na Hong-jin yang terkenal dengan pendekatan penceritaan kompleks dan sarat simbolisme. Berlatarbelakangkan sebuah kampung terpencil, filem ini mengisahkan siri kejadian pembunuhan dan penyakit misteri yang berlaku selepas kehadiran seorang lelaki asing. Tidak seperti filem seram konvensional, The Wailing menekankan konflik kepercayaan, ketakutan dan salah tafsir. 


1. Makna Judul The Wailing

     Judul asal filem ini, Gokseong membawa maksud berganda. Selain merujuk kepada nama sebuah daerah luar bandar di Korea Selatan, perkataan tersebut juga bermaksud ratapan atau tangisan kesedihan. Makna simbolik ini adalah tentang keseluruhan suasana filem yang sarat dengan penderitaan, ketakutan dan kekeliruan yang oleh watak utama.


2. Gabungan Pelbagai Kepercayaan dan Agama

     The Wailing menggabungkan unsur shamanisme Korea, kepercayaan rakyat, simbol dan konsep agama Kristian seperti iblis, dosa serta pengorbanan. Gabungan ini tidak dipersembahkan secara lurus atau mudah difahami tetapi sebaliknya digunakan untuk mengelirukan penonton yakni sama seperti watak utama yang sentiasa terperangkap antara logik dan kepercayaan tradisional dalam usaha mencari kebenaran.


3. Naratif yang Sengaja Mengelirukan

     Pengarah Na Hong-jin membina jalan cerita yang tidak memberikan jawapan jelas kepada penonton. Banyak peristiwa dipersembahkan secara separuh, bercanggah dan penuh simbol sekali gus memaksa penonton membuat kesimpulan sendiri. Pendekatan ini selari dengan tema utama filem iaitu bagaimana manusia sering tersalah membuat keputusan apabila dikuasai oleh ketakutan dan prasangka.


4. Watak Lelaki Jepun sebagai Simbol Misteri

     Watak lelaki Jepun dalam filem ini sering menjadi perhatian utama kerana peranannya yang samar. Dia boleh ditafsirkan sebagai roh jahat, iblis, atau simbol ketakutan terhadap orang luar. Ketiadaan penjelasan muktamad menjadikan watak ini sebagai lambang ancaman yang tidak difahami sekali gus meningkatkan unsur seram psikologi dalam cerita.


5. Tema Kepercayaan dan Ketakutan

     Salah satu mesej utama The Wailing ialah bagaimana kepercayaan yang salah boleh membawa kepada kehancuran. Watak-watak dalam filem ini sering membuat keputusan berdasarkan ketakutan dan kepercayaan yang tidak pasti tanpa memahami sepenuhnya situasi sebenar. Keadaan ini akhirnya membawa kepada tragedi yang tidak dapat dielakkan.


6. Adegan Ritual Shaman 

     Adegan ritual shaman dalam filem ini dianggap antara babak paling mengganggu dalam sejarah perfileman Korea Selatan. Ritual tersebut dipaparkan secara panjang, bising dan kacau-bilau yang melambangkan pertembungan kuasa ghaib yang tidak difahami sepenuhnya oleh manusia. Babak ini turut berfungsi sebagai simbol konflik antara kebaikan dan kejahatan.


7. Pengakhiran Terbuka dan Pelbagai Tafsiran

     Pengakhiran The Wailing tidak memberikan jawapan yang jelas tentang siapa sebenarnya yang jahat atau benar. Penonton sebaliknya dibiarkan berfikir dan menilai sendiri tindakan watak utama terutama keputusan yang dibuat pada saat-saat akhir. Pendekatan ini menjadikan filem tersebut terus relevan dan dibincangkan walaupun bertahun selepas tayangan.


8. Penerimaan Kritikal dan Impak 

    The Wailing menerima pujian meluas daripada pengkritik antarabangsa dan ditayangkan di Festival Filem Cannes 2016. Filem ini sering dianggap sebagai karya yang perlu ditonton lebih daripada sekali kerana lapisan simbolisme dan penceritaannya yang kompleks. Ia juga diiktiraf sebagai antara filem seram Asia terbaik dalam dekad moden.

Catat Ulasan for "Dianggap Sebagai Salah Satu Filem Seram Terbaik Asia, Ini Fakta yang Perlu Anda Tahun Tentang Filem The Wailing"