Kejam! Perut Pesara Guru Dilapah, Ditanam Hidup-Hidup

     Profesor Pimienta, seorang lelaki yang telah menghabiskan usianya berbakti dalam dunia pendidikan dilaporkan hilang pada Disember 2025 di negeri Tabasco, Mexico. Kehilangannya pada mulanya dianggap sebagai kes penculikan biasa demi wang tebusan. Walau bagaimanapun, siasatan lanjut mendedahkan satu naratif yang jauh lebih gelap dan menyayat hati.

     Siasatan pihak berkuasa mendedahkan bahawa penculikan ini bukanlah dilakukan secara rawak oleh kumpulan kartel besar tetapi sebaliknya ia merupakan satu rancangan rapi yang didalangi oleh individu yang sangat dekat dengan mangsa. Suspek utama dikenal pasti sebagai penyewa hartanah milik profesor itu sendiri. Mereka dipercayai mengambil kesempatan atas kepercayaan dan hubungan baik yang terjalin untuk melakukan khianat. Motif utama jenayah ini adalah ketamakanbdi mana kumpulan penjenayah tersebut menuntut wang tebusan sebanyak 2 juta peso (sekitar RM480 000) daripada ahli keluarga mangsa sebagai syarat pembebasan.

     Walaupun dalam keadaan terdesak dan ketakutan, ahli keluarga Profesor Pimienta dilaporkan telah berusaha sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan tersebut dengan melakukan bayaran sebahagian daripada jumlah yang diminta. Namun janji untuk membebaskan mangsa hanyalah satu helah. Pada 17 Januari 2026, Polis Negeri Tabasco berjaya menumpaskan satu sel jenayah berbahaya di kawasan Rio Seco dan Montana semasa suspek sedang membawa senjata api dan dadah. Penangkapan inilah yang akhirnya membongkar nasib malang profesor tersebut apabila pihak polis menemui bukti rakaman video yang sangat mengerikan di dalam peranti milik salah seorang suspek.


     Rakaman video berdurasi 51 saat itu memperlihatkan saat-saat terakhir Profesor Pimienta yang sangat tragis di sebuah kawasan luar bandar yang terpencil. Di dalam video tersebut, sebuah liang lahad telah pun siap digali dan mangsa dilihat terbaring di dalamnya dalam keadaan yang amat lemah. Baju putihnya dilumuri dengan darah yang dipercayai akibat luka tikaman di bahagian leher di mana mangsa tidak lagi mampu melawan. Lebih memilukan, rakaman itu menunjukkan seorang ahli kartel bertindak membedah dan melapah perut mangsa menggunakan pisau tajam sehingga organ dalamannya terkeluar sementara seorang lagi rakannya menekan mangsa menggunakan penyodok agar dia tidak meronta.

     Kemuncak kepada kekejaman ini berlaku apabila kumpulan penjenayah tersebut mula mengambus tanah ke dalam liang lahad tersebut ketika Profesor Pimienta masih lagi bernafas dan merintih kesakitan. Tindakan menanam mangsa secara hidup-hidup ini menunjukkan hilangnya sifat kemanusiaan dalam kalangan ahli kartel yang sanggup melakukan apa sahaja demi wang. 

     Kes ini dianggap perkara biasa dalam kancah keganasan narkotik di Mexico. Mangsa yang paling terkesan selalunya adalah orang awam yang tidak bersalah dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dunia jenayah. Pihak berkuasa percaya bahawa terdapat versi video yang lebih panjang dan lebih grafik yang disimpan sebagai trofi atau bukti oleh kumpulan penjenayah tersebut. 


Catat Ulasan for "Kejam! Perut Pesara Guru Dilapah, Ditanam Hidup-Hidup"